Ahad, 10 Januari 2010

SYEIKH SULTAN ARIFFIN SAIYID ISMAIL AL HASANI AL JAILANI

      Saiyid Ismail dilahir kan pada tahun hijrah.17 Rabiul awwal 867 bersamaan 1445 Masihi.Beliau di lahirkan di Bagdad, Iraq.Bapa nya bernama Saiyid Qadir bin Saiyid Abdul Jabbar bin Saiyid Sholih bin Saiyid Muhyidin Abdul Qodir Jilani.Ibu beliau Syaidah Fatimah, keturunan Saidina Husin. Saiyid Ismail ialah piut dari Syeikh Abdul Qodir Jilani.Mengikut sejarah nya Syeikh Ismail dididik olih bapa dan ibu nya dalam suasana penuh keislaman.Semasa berumur 7 tahun, Syeikh Ismail telah pergi menunai kan haji bersama ayah dan ibu nya. Dan di makam Rasulullah S.A.W, rasulullah memeritah beliau pergi berdakwah ke negeri sebelah Timor. Dalam hidup nya Syeikh Ismail sangat penting kan 3 benda iaiatu 'kitab nya, sejadah nya dan tasbih nya'.Syeikh Ismail menunai kan haji pada tahun 1490 m dan dimasa itu lah beliau berjumpa se orang ulamak dari Timor yang bernama Maulana Mohamad Yusof As Siddiq atau nama terkenal nya Maulana Ishaq bin Saiyid Ibrahim Asmaraqandi. Di masa ini  Maulana Ishaq bertugas sebagai Syeikhul Islam Pasai atau jawatan sekarang MUFTI. Syeikh Ismail berguru dengan Maulana Ishaq, semasa di Mekah. Memang begitu orang yang berilmu , walau pun telah berilmu, mereka tetap mencari ilmu. Inilah yang dikatakan setengah penulis, bahawa  Maulana Mohamad Yusof itu, ialah guru kepada Syeik Ismail, dan memang benar kerana Maulana Ishaq dan Mohamad Yusof adalah orang yang sama. Dalam sejarah MELAKA ada seorang lagi ,iaitu KADHI YUSOF, ulamak ini saya tidak dapat sejarah nya , dan beliau ialah cucu kepada Maulana Saiyid Abdul Aziz, orang yang mengislam kan PARAMESWARA. Nasab ulamak ini tidak sama dengan Maulana Ishaq. Dalam kajian dan catitan saya ,Maulana Ishaq dan Maulana Mohamad Yusof As Siddiq mempunyai nasab yang sama. Ini bermakna mereka adalah orang yang sama. Bersamaan tahun kelahiran dan cerita yang saya dapat dari nenek saya..Sejarah Maulana Ishaq memang panjang ,penoh dengan suka dan duka.Kalau saya sendiri pun di takdir kan menjadi seperti beliau DEMI ALLAH DAN RASUL NYA ,di masa sekarang saya tidak sanggup.,tetapi Maulana Ishaq seorang yang sangat ZUHUD dan TAWADHUK, beliau dapat mengatasi masaalah yang dengan penoh hikmah.Saya akan tuliskan Sejarah kehidupan beliau di tajuk lain. Setelah itu Maulana Ishaq mempelawa Saiyid Ismail berdakwah ke Timor dan sememang nya Maulana Ishaq dilahir, di besar kan dan berkeluarga di negeri sebelah Timor(NUSANTARA MELAYU).
   Selepas musim haji pada tahun itu, Syeikh Ismail terus mengikut Maulana Ishaq ke Pasai..Pada tahun 1494 m, Maulana Ishaq dan keluarga mencari distinasi baru untukberdakwah, dan negeri yang di pilih olih mereka ialah satu negeri baru yang tengah pesat sebagai Pusat Penyebaran Islam di alam Melayu.Negeri itu ialah MELAKA..Sebelum itu Maulana Ishaq memberi gelaran kepada Syeikh Ismail dengan nama AL SULTAN AL ARIFFIN iaitu Sultan bagi orang orang yang ARIF, di dalam bahasa melayu.Mereka sampai ke Melaka pada tahun 1495 m ,bersama mereka ialah keluarga Maulana Ishaq yang seramai 16 orang. Rombongan itu di sertai olih 2 orang anak perempuan Maulana Ishaq iaitu Siti Sarah dan Siti Mainunah. Mereka tiba di satu tempat yang bernama UPIH, atau nama sekarang nya TENGKIRA. dalam bahasa Benggali Putih ialah 'PASAR'.Masjid yang ada sekarang masih ada dan masih di guna pakai dan masih dalam kaadan cantik. Masjid itu ialah Masjid Tengkira. Diceritakan kepada saya rombongan Maulana Ishaq, tinggal di tempat ini sementara mencari tempat yang lain.UPIH memang menjadi Pusat Pengajian Islam secara tidak formal. Kalau kita melihat kawasan perkuburan di belakang masjid ini kita akan dapati makam makam lama..diantara nya makam Sultan Husin Syah, Sultan Johor dan Singapura yang terakhir.  UPIH ini dicerita kan datuk saya kawasan nya luas juga dan beliau cerita kan zaman datuk nya kecil ( Pulau Upih) yang kelihatan sekarang, bolih kita pergi denga berjalan kaki sahaja ,kalau air laut surut....Setelah Maulana Ishaq mendapat kawasan baru , untuk di duduki, beliau pun menghadap Sultan Mahmud, untuk minta kebenaran untuk menduduki pulau itu.Sultan Mahmud berat hati untuk membenar kan beliau berpindah ke pulau itu, tetapi Maulana Ishaq hendak juga berpindah ke pulau itu. Sultan Mahmud pun membenarkan Maulana Ishaq dan rombongan nya berpindah ke pulau itu. Pulau yang di maksud kan ialah PULAU BESAR..Pulau Besar  mula di buka pada kira kira tahun 1400 m, hampir sama dengan pembukaan MELAKA olih Parameswara..Penduduk asal pulau itu ialah orang Laut ,Maluku dan Jawa. Ini bermakna  orang Bugis Maluku telah datang ke Melaka, lama sebelum orang orang Bugis men dominan Kesultanan Johor..Kadang kala saya hampir ketawa, apabila orang Johor, berbangga dengan BUGIS nya,.Kalau ikut sejarah, Melaka lah lebih dahulu di banjiri pendatang dari BUGIS MALUKU..Laksamana Hang Tuah pun orang Bugis yang nama asal nya DAENG MEMPAWAH.
    Rombongan Maulana Ishaq sampai ke Pulau Besar dan di sambut olih penduduk pulau itu. Pulau Besar sebenarnya telah seorang Guru Agama, iaitu Syeikh Saiyid Thanaudin (1350-1510), pangkat datuk kepada Maulana Ishaq. Syeikh Thanuddin lah yang bergelar Datuk Adi Putra., adik bungsu kepada Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra..Syeikh ini juga di gelar Panglima Hitam.Jawatan Panglima Hitam ialah jawatan Panglima Paling Kanan, dalam Pengawal Peribadi Sultan..Itu lah sebab nya Panglima Hitam banyak dalam Sejarah Alam Melayu ini.
    Pada tahun 1496 m ,Syeikh Ismail di kawin kan dengan Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Ishaq dan Abang Saiyid Ismail.,iaitu Saiyid Ibrahim ,dikawin kan dengan kakak Syarifah Siti Maimunah, iaitu Syarifah Siti Sarah atau Syarifah Siti Rodziah. Pada tahun 1509 m ,Penjajah Portugis datang, Gabungan Ulamak ini lah yang sama sama berjihad mempertahan kan Melaka..Ulama itu ialah 1..Saiyid Thanaudin (1350-1510)  2. Saiyid Ismail ( 1463-1520)  3. Maulana Ishaq ( 1340-1512) dan bersama sama dengan Pembesar Melaka seperti Tun Mutahir, Laksamana Khoja, Tun Hasan Temenggung dan lain lain lagi.
      Pada tahun 1496 m ,hasil perkawinan Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail dengan Syarifah Siti Maimunah, juga dikenali dengan nama SITI RUBIAH lahir lah putera pertama yang di beri nama SAIYID AHMAD TAJUDDIN olih datuk nya Maulana Ishaq. Pada tahun 1497 m pula lahir lah seorang puteri ,yang di beri nama SYARIFAH SITI ZUBAIDAH ,mengambil sempena nama PERMAISURI SITI ZUBAIDAH yang terkenal dan handal dalam persilatan itu. Pada tahun 1498 m lahir seorang lagi puteri dan diberi kan nama SYARIFAH SITI ZULAIKHA, sempena nama isteri Nabi Yusof A.S. Seperti yang anda ketahui Maulana Ishaq menukar nama kepada Maulana Mohamad Yusof, atas keselamatan.
        Saiyid Ismail memang seorang yang lemah lembut, kadang kala dari percakapan nya sangat perlahan. Ada sahabat yang mencerita kan kepada saya ,bahawa beliau ada berjumpa syeikh ini, tetapi cakap nya tidak banyak. Dan di cerita kan kepada saya, memang begitu lah perangai  Saiyid Ismail..Saya hanya tersenyum sahaja sanbil berkata,'kalau dah tahu ,betul lah tu !!. Saya tidak mahu komen apa apa , sebagai cucu nya , dari titisan darah nya , anda pun sendiri tahu jawapan nya , samada saya berjumpa atau tidak Saiyid Ismail secara nyata. Itu ada lah RAHSIA saya. yang boleh mendatang kan fitnah..Cuma saya boleh memberi gambaran wajah dan bentuk badan  nya.  Saiyid Ismail berkulit sawo matang , seperti kulit saya, hidung nya mancung ,air muka nya sangat jernih ,dan ada mirip rupa moyang nya Syeikh Qodir Jilani , tinggi nya 5 kaki 9 inci dan badan nya kurus.,beliau selalu berpakaian jubah putih dan serban nya bewarna hitam putih. dan berjanggut seta berjambang.,tutur kata nya sangat lembut dan perlahan.Itu sahaja yang boleh saya cerita kan , terpulang lah sesiapa yang mahu percaya..
          Setelah wafat nya Saiyid Thanauddin pada tahun 1510 m, tempat sebagai ketua ulama di Pulau Besar, diambil alih olih Maulana Ishaq. dan setelah Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512 m, tempat itu di ambil aleh oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin. Seperti yang saya katakan diatas , Syeikh Syeikh ini , pada jangkaan saya pasti terlibat dalam peperangan pada tahun 1509 m ,semasa Lopez de Suquira menyerang Melaka..harus kita ingat, dimana mana pun ULAMA lah peniup semangat JIHAD samada secara lansung atau tidak lansung. Dan ULAMA juga lah yang banyak terkorban semasa berjihad selain Panglima Perang. Peperangan berlaku di depan mata, tak kan syeikh syeikh ini semua tengok sahaja , tanpa membantu .perangai begitu sudah lari dari Sunnah Rasul....cuma tulisan tulisan begini sudah di musnah kan olih penjajah Portugis..atau telah di rampas oleh Portugis, dan telah tenggelam bersama kapal FLO DE LAMA bersama didalam kapal itu, ikut yang cerita kan kepada saya 20 orang gadis yang paling cantik dalam Melaka telah dilarikan oleh Portugis. Itu sebab nya kalau Kerajaan Melaka mahu menimbul kan kapal ini kembali ,saya memang sangat bersetuju. Mengapa kita nak membesarkan sejarah mereka, mengapa kita tidak berbangga dengan sejarah kita!!! A FORMOSA itu adalah PINTU GERBANG KEMUSNAHAN MELAKA.,sejak itu lah bangsa Melayu hilang JATI DIRI,dan ditambah lagi dengan racun penjajah masuk ke dalam otak dan sanubari orang melayu !! yang mengata kan melayu bodoh ,sampai nak membuat jarum sebatang pun tidak boleh!!!! Kita lihat sekarang ini apabila otak melayu dah DIBAIKPULIH ,kita bolih lihat banyak kemajuan meterial nya bagus, tetapi sayang  kebangkitan rohani nya pula teruk, tidak seimbang !!!
      Ketiga anak Syeikh Ismail ini di didik dalam suasana penoh keislaman ,untuk di jadi kan Pendakwah ,guna untuk menyambung tugas bapa dan datuk nya..Setelah berumur 20 tahun Saiyid Ahmad Tajuddin atau Ahmad Salim di hantar berdakwah bersama se pupu nya  Saiyid Hidayat ke negeri Sumatera Selatan pada tahun 1517 m. Syeikh Ahmad Barus , yang di sebut ,dalam sejarah Kesultanan Jambi itu nama  sebenar nya , Syeikh ini lah. Selain di didik dalam islam, mereka juga di ajar persilatan. Hampir semua keturunan kami belajar bersilat,.se ingat saya datuk saya, bapa saya , semua keluarga terdekat saya , termasuk isteri saya, dari datuk ,bapa dan keluarga terdekat beliau ,semua nya bolih bersilat. Dari persilatan lah melahirkan pejuang bangsa !!! dalam keturunan kami silat di ajar tidak mengira lelaki  atau perempuan. Serikandi  yang handal dalam persilatan ialah Ratu Mas Nyawa, Puteri Cempaka Biru dan Anak anak Maulana Ishaq sendiri.
        Setelah 25 tahun berkhidmat dalam dakwah , melalui suka duka  dalam kehidupan dunia yang  fana ini. Datuk  saya yang warak,zuhud dan tawadduk ini dipanggil menghadap ALLAH ,di heningan pagi sebelum suboh pada waktu beliau berzikir di dalam surau yang lama !!! pada 17 Rabiulawal 925 hijrah , bersamaan 1520 masihi. Jenazah nya di semadi kan di luar Kompleks Pemakaman As Sultan Ariffin. Banyak orang yang keliru, mengata kan di dalam kompleks makam itu , makam Syeikh Ariffin Saiyid Ismail. Makam Datuk yang Di kasihi ini ia lah di tepi tangga atau di tepi beranda.!!!


           NASAB SAIYID ISMAIL AL HASANI AL JILANI

  
  1.  MUHAMAD   S.A.W
  2.  SAIYIDAH FATIMAH AZ ZAHRA     +    SAIDINA ALI    K.A.W
  3.  SAIDINA AL IMAM HASAN AL SIBTI    R.A.
  4.  AL IMAM SAIYID HASAN AL MUSANNA    R.A
  5.  AL IMAM SAIYID ABDILLAH AL MAHDI     R.A                                                  
  6.  AL IMAM SAIYID MUSA AL JUN    R.A
  7.  AL IMAM  SAIYID ABDILLAH    R.A
  8.  AL IMAM  SAIYID  MUSA   R.A
  9.  AL IMAM  DAWOOD    R.A
  10.  AL  IMAM  SAIYID MUHAMAD   R.A
  11.  AL  IMAM  SAIYID YAHYA AZ ZAHID   R.A
  12.  AL  IMAM  SAIYID ABDILLAH   R.A
  13.  AL IMAM   SAIYID ABI SHOLIH JANAKI DAOSTI    R.A
  14.  AL IMAM SAIYID MUHYIDDIN ABDUL QODER JILANI     R.A
  15.  AL IMAM SAIYID ABDULAH JABBAR  AL HASANI AL JILANI    R.A
  16.  AL IMAM  SAIYID ABDULLAH AHMAD ABU SOLIH  AL HASANI   AL JILANI     R.A
  17.  AL IMAM SAYYID AL MALIK ABDULLAH HASHIM  RA
  18.  AL IMAM SAYYID AL MALIK ABDUL AZIZ RA
  19.  AL IMAM SAYYID AL MALIK MOHAMAD YUSOF SIDDIQ RA
  20.  AL IMAM SAYYID  AL SULTAN ALI MUNAWWAR SYAH RA
  21.  AL  IMAM SAIYID ABDUL QODER  AL HASANI AL JILANI     R.A
  22.  AS SYEIKH SULTAN AL ARIFFIN SAIYID ISMAIL AL HASANI AL JILANI    R.A


             
            

             SYEIKH AHMAD TAJUDDIN atau TOK PUTIH  atau AHMAD SALIM .                 
                                                               (1465-1577)

     Saiyid Ahmad Tajuddin lahir pada tahun 1465 masihi , di Pasai, Acheh..Bapa beliau ialah Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail bin Saiyid Abdul Qodir Al Hasani Al Jilani. .Ibu nya ialah Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Ishaq. Dimasa kecil nya beliau terdidik dalam suasana keislaman. Beliau dan 2 adik perempuan nya sempat di didik olih datuk nya Maulana Ishaq. Selain dari ilmu islam mereka juga di ajar dalam ilmu persilatan olih datuk dan bapa nya..Bapa nya Saiyid Ismail juga bergelar Panglima Hitam..menurut satu riwayat ,Saiyid Ismail lah menjadi Panglima Hitam ,mengantikan Datok Adi Putra ,semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 masihi, tetapi Portugis kalah. Setelah kematian Tun Mutahir, Tun Hasan Temenggung dan Tun Ali (suami Tun Fatimah ) serta kaum kerabat Datuk Bendahara Tun Mutahir.,akibat dari pengkhianat kaum Kling, maka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi..Melaka tidak kalah kalau setakat Armada Perang Portugis.,yang datang dari GOA seramai 1000 orang ..Pakar Sejarah mengata kan Melaka jatuh di sebab kan PENGKHIANATAN dan PEMBELUTAN. Saya juga percaya begitu. Tentera Melaka pada waktu itu di khabar kan seramai 30000 orang, meriam Melaka sebanyak 3000 pucuk. kalau lah di bandingkan pada zaman sekarang ,Empayar Melaka mempunyai  kekuatan 30 batalion tempur dan mempunyai  kira kira 80 batalion Artilari .cukup kuat dan tangguh ,kalau dikirakan pada waktu dahulu. Malaya yang pada waktu baru merdeka di gempur olih Indonesia pun hanya ada 10 batalion tempur, tetapi menang!!!
    Setelah dewasa dan berumur 20 tahun , Saiyid Ahmad Tajuddin atau gelaran nya TOK PUTIH, di hantar berdakwah ke negeri Selatan Sumatera pada tahun 1517 masihi. Semasa itu Melaka sudah jatuh ke tangan penjajah Portugis.Di cerita kan pada saya, Tok Putih ini handal orang nya, semasa peperangan melawan Portugis pada tahun 1511 masihi ,beliau salah seorang Panglima, yang bergelar Panglima Alang Daik Hitam,
sewaktu itu beliau hanya berumur 16 tahun.,bagi saya , saya tidak pelik kerana saya pun pada waktu 16 tahun sudah mengajar silat ,saya tamat belajar silat pada waktu berumur 8 tahun. Memang dalam keluarga kami  2 pelajaran ini wajib di pelajari iaitu MENGAJI AL QURAN dan belajar SILAT..silat yang saya pelajari Seni Silat Sendeng. tetapi sekarang ini tidak lah pandai bersilat lagi ....sudah tua.
      Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud berundur ke Pagoh iaitu satu tempat di kaki Gunong Ledang..Tok Putih dan sepupu nya Saiyid Hidayat bin Saiyid Samsuri bin Saiyid Ali Mutardo,anak kepada Syarifah Siti Musallimah di hantar ke arah Sumatera Selatan. Ini dilakukan untuk menghilang kan Pahlawan Melaka supaya tidak di bunuh olih penjajah..Pada tahun 1513 masihi ,semasa serangan pertama Armada Perang Demak, kedua orang Saiyid ini tidak terlibat.. Pada tahun 1521 masihi sewaktu Armada Perang Demak menyerang Melaka , mereka berdua terlibat sama. Mereka berdua sampai ditempat yang bernama Selat Berhala pada tahun itu..Dari situ Tuk Putih pergi ke Pagar Ruyung dan berkawin dengan Puteri Selaro Pinang Masak .Sebenar nya di Pagar Ruyung sudah ada pendakwah islam walau pun belum menyeluroh ditanah Pagar Ruyung itu.
        Pada tahun 1513 masihi, Kerajaan Demak telah menghantar Armada Perang  untuk menyerang Melaka tetapi gagal. Panglima Perang Demak pada waktu itu ialah PATI UNUS gagal dalam misi itu .Pati Unus telah
berkawin seorang lagi dengan seorang serikandi iaitu anak kepada Saiyid Ismail ,yang  bernama Syarifah Siti Zubaidah .Dimasa itu Pati Unus sudah mempunyai 2 orang  isteri iaitu Puteri Ratu Mas Nyawa binti Raden Patah ( SULTAN DEMAK 1) dan Puteri Mas Ayu binti Sunan Gunong Jati.
        Pada perang tahun 1513 m , Tok Putih tidak terlibat dalam peperangan ini. Semasa ini Tok Putih yang juga bergelar DATUK PADUKO BERHALO, masih dalam membina penenpatan di satu tempat yang bernama JAMBI.Pada tahun 1521 m, Sultan Demak ke 2, iaitu PATI UNUS, telah menghantar Armada Perang yang lebih besar, berkekuatan sebanyak 375 buah kapal.Tok Putih pada masa itu memang terlibat, beliau menghantar Tentera dari Jambi yang di pimpin terus olih beliau sendiri dan sepupunya Saiyid Hidayat. Tok Putih mengelarkan diri nya PANGLIMA ALANG DAIK HITAM. Dalam peperangan ini ARMADA GABUNGAN DEMAK kalah, yang mengakibatkan SYAHID nya ribuan tentera dan Panglima Perang Demak beserta isteri ke 3 nya dan 2 putera nya. Anak nya yang ke 3, iaitu anak beliau dari isteri ke 3 nya, yang berumur 3 tahun di lari kan ke Banten. Anak ini yang bernama RADEN ABDULLAH yang masa akan datang meneruskan pejuangan ayah da ibunya yang terkoban SYAHID di MELAKA. Tok Putih kembali ke Jambi. Pada tahun 1518 m, lahir anak nya yang diberi nama SAIYID AHMAD KHAMIL dari perkhawinan beliau dengan Puteri Selaro Pinang Masak, Puteri Pagar Ruyung. Untuk mengelak dari jejakan Penjajah Belanda, mereka menukar nama yang ada kaitan dengan penduduk tempatan.
         Pada tahun 1577 m, Datuk ku yang zuhud dan tawadhuk seta gagah berani ini di panggil mengadap Allah, tuhan semerta alam, dan disemadikan di Jambi.Ada riwayat mengata kan beliau wafat di Pulau Besar. Pada pendapat ku memang sebenarnya di Pulau Besar, kerana pada usia yang lanjut, beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kerajaan Jambi, kepada anak nya SAIYID AHMAD KHAMIL, atau gelaran nya di Jambi TOK RANGKAYO HITAM.Anak anak keturunan dari TOK KAYO HITAM lah yang menurun kan keturunan Pemeritah Kerajaan Jambi, hingga lah di musnah kan olih Belanda pada tahun 1904 masihi.




              MAULANA ISHAK ATAU MAULANA SYEIKH UL-ISLAM (1360-1498)  
        


        Nama lengkap beliau ialah Maulana Imam Saiyyid Ishak Makdum atau Makdum  Ishak. Bapanya pula bernama Saiyid Ibrahim Al-Hadrami juga adalah Ibrahim Al-Gozi atau Ibrahim Asmoro atau Ibrahim Asmarakandi atau Ibrahim As-Samarqandi atau Saiyid atau Saiyid Ibrahim Zainul Akbar atau Zainudin Al-Akbar Ibrahim bin Jamaludin Al-Husin atau dikenali dengan nama di Jawa sebagai ' SUNNAN NGGESIK'.Beliau ialah bapa mentua Syeikh Sultan Ariffin.Juga dikenali dengan nama MAULANA MOHAMAD YUSOF AS AIDDIQ.
            Maulana Ishak dilahirkan di Campa pada tahun 1360M. Beliau mempunyai ramai adik beradik diantaranya ialah:
1.         Raden Rahmatullah (Sunnan Ampel)
2.         Maulana Ali Murtardo.
3.         Syaripah Siti Zainab berkawin dengan Sultan Abdullah Palembang.
Ketiga-tiga mereka ini seibu dan sebapa. Ibu mereka pula bernama PUTERI CANDA WULAN iaitu puteri Campa. Beliau juga mempunyai ibu tiri yang bernama WAN MAIMUNAH BINTI YUSOF AL-SYANDANI dari Patani. Dan ibu tirinya juga mempunyai beberapa orang anak yang bernama:
a.         Syeikh Wan Abdul Rahman.
b.         Syaripah Wan Jamilah As Syandaniah
c.         Syeikh Wan Yahya
d.         Syeikh Wan Mohamad Yasin
e.         Syeikh Wan Husin

Bapa Maulana Ishak iaitu Saiyid Ibrahim Asmoro menurunkan keturunan hampir semua ulamak nusantara samada di Campa, Patani, Pasai, Melaka, Riau, Jawa, dan di merata-rata tempat malah sampai ke Asia Barat. Malah bukan sahaja tokoh ulama, tetapi tokoh-tokoh politik sultan-sultan dan pemimpin masyarakat juga tabib-tabib Islam.
Maulana Ishak pernah ditugas oleh abangnya Sunan Ampel di Blambangan di Jawa Timur. Blambangan semasa itu di bawah pemerintahan Prabu Menak Sembayu berketurunan Prabu Hayam Warak, Prabu Majapahit. Puteri Sekardadu, Puteri Menak Sembuyu terkena penyakit menular. Wabak melanda ke seluruh negeri Blambangan tidak terkecuali golongan rakyat atau bangsawan. Perkara ini mendukacitakan Prabu Menak Sembuyu dan permaisurinya. Kerajaan Blambangan benar-benar suram dan hampir lumpuh. Sehingga Sang Prabu mengeluarkam perintah, sesiapa yang dapat mengubati dan menemui penawar wabak, beliau akan dikahwinkan dengan Puteri Sekardadu.
Maulana Ishak yang ingin menolong, menawarkan diri tetapi mempunyai syarat. Syaratnya, Prabu, permaisuri serta rakyat jelata mesti memeluk agama Islam jika wabak penyakit telah sembuh. Tiga hari, tiga malam Maulana Ishak bermunajat kepada Allah s.w.t memohon kesembuhan Puteri Sekardadu, akhirnya Puteri Sekardadu sembuh dan negeri Blambangan pulih seperti sedia kala.
Prabu Menak Sembuyu mengotakan janjinya untuk mengahwinkan Maulana Ishak dengan Sang Puteri serta melantik Maulana Ishak sebagai ADIPATI BLAMBANGAN (Raja Muda). Adapun kemasukkan Islam, Sang Prabu hanyalah diluar saja tetapi batinnya masih lagi Hindu. Begitu juga dengan pembesar-pembesar yang lain.
Kehidupan Maulana Ishak dan Puteri Sekardadu bahagia dan melahirkan cahaya mata iaitu:
a.         Puteri Dewi Sarah berkahwin dengan Sunan Kali  Jaga
b.         Pengeran Darma Kesumo
c.         Pengeran Ali Kesumowiro
Dakwah yang dilakukan oleh Maulana Ishak dan Puteri Sekardadu menyebabkan rakyat memeluk Islam. Ini menyebabkan Prabu Menak Sembuyu benci. Bertambah api kebencian  dan dimarakkan lagi oleh Menteri Kanan beliau bernama Patih Bajul Segara. Setelah kebenciannya tidak dapat dibendung lagi Sang Prabu dan Patih membuat muslihat. Muslihat untuk membunuh Maulana Ishak dapat diketahuinya. Beliau mengambil keputusan melarikan diri dari Blambangan. Puteri Sekardadu semasa itu sedang mengandungkan anak mereka iaitu digelar 'RADEN PAKU' atau dikenali dengan nama yang lebih tersohor iaitu 'SUNNAN GIRI' yang memerintah kerajaan Giri. Mengikut sejarahnya Raden Paku dihanyutrkan ke laut, mengikut arahan daripada Sang Prabu dan Sang Patih. Si bayi yang dihanyutkan dengan kuasa Allah S.W.T telah dijumpai oleh seorang hartawan perempuan yang bernama Nyai Ageng Pinatih. Nyai Ageng Pinatih menjadi ibu angkat kepada Raden Paku dan dinamakan pula 'JOKO SAMUDRO'. Setelah besar Joko Samudro di hantar ke Pesantren Sunnan Ampel. Melalui keramahnya Sunan Ampel, beliau mendapat firasat bahawa pemuda itu adalah anak saudaranya iaitu anak Maulana Ishak, adik beliau.
Di dalam pencarian kehidupan yang baru dan untuk berdakwah Maulana Ishak pergi ke Pasai. Di sana beliau dilantik sebagai Syeikh Ul-Islam (ketua ulama). Beliau dilantik oleh Sultan Samudera Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin Malik Az-Zahir. Beliau sampai ke Pasai pada tahun 1433M.
Di Pasai Maulana Ishak telah berkahwin lagi dengan seorang Puteri Champa iaitu yang bernama Siti Fatimah atau Puteri Cempaka Biru. Puteri Cempaka Biru adalah anak kepada Saiyid Ali Nurul Alam atau Saiyid Ali Al-Mashur Al-Lagihi atau Syeikh Ali Al-Lagihi atau Ali Nurudin atau Nurul Alim Ali atau Ali Nurul Alim atau Sultan Qunbul. Namanya yang paling terkenal ialah ' PATIH ARIA GAJAH MADA'.
Puteri Cempaka Biru mempunyai sembilan orang adik-beradik iaitu:
a.         Wan Abdullah atau Sultan Umdatudin atau Wan Bo atau Wan Bo Teri Teri (Sultan Campa) (Sultan Hud)
b.         Wan Husin Senawi.
c.         Wan Demali (Laksamana Bintan)
d.         Wan Jamal
e.         Puteri Cempaka Biru.
f.          Wan Hasan.
g.         Wan Senik.
h.         Syeikh Wan Mohamad Salih Al Lagihi
i.          Maulana Abu Ishak.

Pada tahun 1494M beliau dan rombongan Syeikh Sultan Ariffin bergerak ke Pulau Besar, Melaka. Turut serta dalam rombongan itu ialah keluarga Maulana Ishak. Hasil perkahwinan Maulana Ishak Dan Puteri Cempaka Biru, maka lahir anak-anak mereka yang bernama:
a.         Syaripah Siti Sarah atau Syaripah Siti Rodziah  
b.         Saiyid Ibrahim.
c.         Syaripah Siti Musalmah
d.         Saiyid Mohamad Kasim
e.         Syaripah Siti Khatijah.
f.          Syaripah Siti Maimunah atau Syaripah Siti Rubiah.
g.         Syaripah Siti Aisyah.

Syaripah Siti Sarah berkahwin dengan Saiyid Ibrahim Bin Saiyid Abdul Qadir iaitu abang kepada Sultan Arifin Syeikh Ismail. Syaripah Siti Musalmah berkahwin dengan Syeikh Samsuri (KIAI). Syaripah Siti Maimunah  berkahwin dengan Sultan Arifin Syeikh Ismail.

            Dalam penulisan sejarah hidup Datuk Maulana Ishak ini, saya berasa terharu apabila mengenangkan nasibnya melarikan diri dari Campa ke Jawa dan dari Jawa ke Pasai dan akhirnya ke Pulau Besar, Melaka. Begitulah kehendak Allah S.W.T terhadap para 'WALI-WALI' yang menyebarkan ajaran Rasullullah S.A.W. Dalam usaha menyebarkan agama Islam pastinya akan bertemu dengan musuh-musuh Allah S.W.T.
Maulana Ishak telah meninggal dunia pada usia beliau lebih kurang 138 tahun iaitu bersamaan  dengan tahun 1498 M iaitu sebelum pihak Portugis berjaya menakluki Melaka. Tempatnya sebagai Ketua Mubaligh di Melaka diambil alih oleh menantunya dan juga murid kanannya yang bernama Sultan Ariffin Syeikh Ismail dan menantu beliau.
Maulana Ishak nama yang dikenali di Campa, Jawa dan Pasai. Di Melaka pula beliau dikenali dengan nama Maulana Yusof As Siddiq atau Wali Lanang atau Syeikh Awallul Islam. Makam beliau berada di Pulau Besar, Melaka. Makamnya sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat yang datang berkunjung ke Pulau Besar. Di dalam komplek pemakaman  itu terdapat 7 buah makam yang lain. Dan salah satu daripada makam tersebut ialah kepunyaan Datok Maulana Ishak atau SYEIKH MAULANA MAKDUM ISHAQ.

                  

                     SAIYID IBRAHIM AL HADRAMI atau SUNAN NGESSIK  (1333-1424)

        Ulama ini juga dikenali dengan lebih daripada satu nama antaranya ialah Ibrahim Al Ghozi atau Syarif Auliya atau Karimul Makdum di Filipina Selatan, Ibrahim Asmoro atau Sunnan Nggesik di Jawa.
Saiyid Ibrahim Asmoro dilahirkan pada tahun 1333  M di Campa. Beliau dilahirkan hasil perkahwinan Saiyid Husin Jamadil Kubra dengan Puteri Ramawati (Puteri Sultan Zainal Abidin dengan Permaisuri Siti Zubaidah). Adik beradik Saiyid Ibrahim berlainan ibu adalah:
a.         Puteri Siti Aisyah                      -                   Ibunya Puteri Linang Cahaya - Kelantan
b.         Saiyid Ali Nurul Alam              -                    Ibunya Puteri Selindung Bulan - Kelantan
c.         Saiyid Ahmad Kebungsuan      -                    Ibunya Puteri Raja Johor
d.         Saiyid Barkat Alwi                    -                   Ibunya puteri Raja Johor

Sepanjang pengetahuan dan daripada bacaan saya, didalam rujukkan, ulama ini telah melahirkan ramai hampir keseluruhan ulama-ulama, cerdik pandai, pemimpin masyarakat, tabib-tabib Islam malah raja-raja Melayu diseluruh pelusuk nusantara ini.
            Pada kurun Masihi ke 12 dan 13, Samudra Pasai adalah Pusat Pengembangan Islam yang paling terulung sekali. Kebanyakkan ulama-ulama nusantara suka berhimpun di negeri ini termasuklah kerabat Saiyid Ibrahim Asmoro.
Ada pendapat lain yang mengatakan adik beradik Saiyid Ibrahim Asmoro ialah:
a.         Sembahan Dayu Agung Pehabat Raden
b.         Zainul Alam.
c.         Nurul Alam.
d.         Manjadin.
e.         Qamarudin.
f.          Takdin

Saiyid Ibrahim Asmoro berkahwin dengan Puteri Canda Wulan, Putera Raja Wira Bhadrawarman pada tahun 1401M. Mereka dikurniakan beberapa orang anak yang bernama:
a.         Raden Ahmad Rahmatullah atau Sunnan Ampel
b.         Maulana Ishak atau Syeikh Awwallul Islam
c.         Raden Ali Murtadho atau Raden Santri
d.         Raden Siti Zainab atau Nyai Dewi Endang Sasmita Puri
            Anak beliau yang terdahulu daripada isterinya Wan Maimunah telah dinyatakan. Saiyid Ibrahim Asmoro adalah seorang ulama besar daripada keturunan yang mulia iaitu manusia yang paling mulia, daripada titisan darah Nabi Muhammad S.A.W. bapanya berketurunan Nabi Muhammad S.A.W dan ibunya daripada Puteri Campa, datuk dan neneknya Sultan Zainal Abidin dan Permaisuri Siti Zubaidah yang terkenal dengan 'SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA'.
            Pada tahun 1375M hingga tahun 1394M, Sultan Zainal Abidin (1350M - 1394M) (SULTAN PASAI) telah memerintahkan beberapa Mubaligh ke Tanah Jawa iaitu:
a.         Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra - Ketua.
b.         Maulana Malik Ibrahim.
c.         Maulana Saiyid Ibrahim Asmoro.
d.         Saiyid Abdullah atau Sultan Hud.
e.         Maulana Ishak.
f.          Radin Rahmat - Sunnan Ampel.
g.         Syeikh Abdul Jalil - Syeikh Siti Jenar.

       Dalam pencarian Nasab saya keturunan Saiyid Ibrahim Hadrami lah mendominan penyebaran islam ke seluruh Kepulauan Melayu.Pergi lah anda kemana saja di Nusantara ini .pasti nya anda ketemu anak cucu keturunan beliau, samada Raja, Bendahara, Panglima Perang atau ulama. Dan ulama keturunan beliau lah yang paling banyak saya dapati di PETANI, ACHEH, seluruh PULAU SUMATERA,JAWA ,SULAWESI, KALIMANTAN, MALAYSIA, SINGAPURA dan SELURUH INDONESIA AM nya.
      Kalau saya kata kan kesemua mereka itu kerabat saya,anda pasti terkejut, tapi itu lah kenyataan nya.Sampai lah sekarang ulama ulama keturunan kami mendominan misi dakwah dalam kepulauan Melayu am nya, dalam Malaysia khusus nya.
Setelah beberapa tahun berdakwah  di Tuban, Jawa Timur, Saiyid Ibrahim Asmoro atau Sunan Nggesik wafat pada tahun 1424M dan makam beliau berada di Nggesik.

             
                  SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA (1280-1420)
           
       Saiyid Husin Al-Kubra ini dilahirkan di negeri Malabar, India pada tahun 1280 M. Bapanya ialah Saiyid Amir Ahmad Syah Jallaludin, Amir daripada Kesultanan Delhi. Beliau adalah nenek moyang para ulama nusantara khasnya Wali Songo. Tokoh besar ini juga mempunyai lebih daripada satu nama diantaranya ialah Saiyid Jamaludin Al-Akbar atau Saiyid Jamaludin Al-Kubra Al-Husin atau Saiyid Jamaludin Al-Abar. Keturunan Maulana Saiyid Husin ini ada di muka surat sebelum ini.
            Beliau mempunyai ramai adik beradik diantaranya yang terkenal di Patani dan Jawa juga Samudra - Pasai ialah:
a.         Saiyid Jamaludin Al Husin.
b.         Saiyid Mohyiddin Syah.
c.         Saiyid Alaudin Abdullah.
d.         Saiyid Amir Syah Jallal - Sultan Malabar
e.         Saiyid Alwi Kutub Khan.
f.          Saiyid Hasanudin.
g.         Saiyid Qadir Binahsan.
h.         Saiyid Ali Azamat Syihabudin Umar Khan.
i.          Saiyid Sheikh  Mohamad Arifin Syah atau Tok Kelumpang Al-Jarimi Al-Fatani.
j.          Saiyid Syeikh  Mohamad Saman Syah Al-Fathani atau Syeikh Thanaudin Al-Fathani atau Dato Adi Putra.
k.         Saiyid  Nik Al-Fathani.

Pada abad ke 14 kumpulan mubaligh daripada 7 adik beradik ini meninggalkan Malabar dan menuju ke Asia Tenggara. Diketuai oleh Maulana Saiyid Al-Husin Al-Kubra terkenal dengan gelaran 'WALI TUJUH' di Patani. Mereka singgah di Pasai, pada waktu itu Pasai dibawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin (1350-1394). Rombongan ini meninggalkan Tuan Jana Khatib di Tumasik (Singapura). Tuan Jana Khatib terbunuh di Temasik atas perintah Paduka Seri Maharaja, raja Tumasik. Pembunuhan itu menyebabkan terjadinya malapetaka yang dikaitkan dengan 'Lagenda Singapura Di Langgar Todak' dan serangan dari Majapahit. Peristiwa ini meyebabkan Singapura menjadi seperti 'padang jarak padang terkukur'.
Rombongan mubaligh itu terus ke Kota Jeddah (Kelantan) dan telah disambut oleh Raja Bharubasa (bekas Raja Chermin yang berpindah ke Kelantan) pada tahun 1350M.
Selama 8 bulan di Kelantan Saiyid Husin Al Kubra dijodohkan dengan adinda Raja Bharubasa yang bernam Puteri Linang Cahaya. Hasil perkahwinan ini lahirlah Puteri Aisyah. (Maulana Malik Ibrahim anaknya daripada hasil perkahwinannya di India).Puteri ini lah yang berkawin dengan Sheikh Khalikul Idrus dan melahirkan Radin Muhamad Yunus anak Radin ini ialah Pati Unus atau Pengeran Seberang Loh ,syahid di PULAU BESAR pada tahun 1521 M.
Pada kira-kira 1355M beliau berkahwin lagi dengan puteri Ramawati, Puteri Campa. Daripada perkahwinan ini maka lahirlah Saiyid Ibrahim Asmarakandi atau Saiyid Ibrahim Asmoro Atau Sunnan Nggesik. Daripada titisannya lahirlah pendakwah yang terkenal di Jawa dikenali dan dikenali dengan 'Wali Songo'.
Maulana Saiyid Husin Al-Kubra berkahwin dengan Puteri Selindung Bulan (cucu saudara Puteri Linang Cahaya), Puteri Sultan Baki Syah, baginda lari ke Campa selepas serangan tentera Ayuthaya menawan Empayar Chermin pada tahun 1400M. Puteri ini ditukarkan nama oleh Maulana Saiyid Husin Al-Kubra kepada nama 'PUTERI SYAHIRAH'. Daripada hasil perkahwinan ini maka lahirlah Saiyid Ali Nurul Alam pada tahun 1366M. Saiyid Ali Nurul Alam inilah yang menjadi menteri Majapahit II (Kelantan) yang bergelar Patih Aria Gajah Mada. Di Majapahit I (Jawa). Seorang patih digelar' Patih Gajah Mada' (1319-1364). Patih Aria Gajah Mada (Kelantan) inilah yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah yang tersohor di Melaka, berdasarkan tahun-tahun mereka terlibat. Saiyid Ali Nurul Alam akhirnya menjadi Sultan di Campa dan bergelar sebagai Sultan Qunbul pada tahun kira-kira 1446M, selepas serangan Ayuthaya pada tahun 1445M ke atas Empayar Majapahit II yang berpusat di Kota Mahligai Kelantan.
Memandangkan penduduk di Campa dan Patani ramai yang beragama Islam, Maulana Saiyid Husin Al-Kubra bergerak ke Tanah Jawa sebagai destinasi dakwahnya. Sesampai di Tanah Jawa, beliau telah menyerahkan tugas dakwah kepada anakandanya iaitu Maulana Malik Ibrahim di Gresik. Beliau pula terus menghala ke Pulau Sulawesi Selatan iaitu di Luwok. Pada masa itu Luwok dibawah Pemerintahan Raja Lam Du Salat. Raja Lam Du Salat telah memeluk Islam pada tahun 1380M. Daripada Raja Lam Du Salat lahirlah Upu Tanderi Borang atau Daeng Rilaka. Daripada Daeng Rilaka Raja Luwok ini lahir 'UPU LIMA SAUDARA'.
a.         Daeng Perani
b.         Daeng Manambon.
c.         Daeng Chelak.
d.         Daeng Marewah
e.         Daeng Kamasi
f.          Datu Ri Watu   - Raja Topamana (perempuan)

      Pada tahun 1420  M Maulana Saiyid Husin Al-Kubra wafat. Makamnya juga berada di Luwok, Sulawesi Selatan. Begitulah perjalanan hidup Maulana Saiyid Husin Al-Kubra yang lahirnya di India, berketurunan Nabi Muhammad S.A.W, berdakwah ke Pasai, Patani, Campa, Melaka, Tanah Jawa dan akhirnya Sulawesi. Beliau berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah S.W.T yang bermaksud 'Sampaikanlah, Walaupun Satu Ayat'. Kalaulah tidak kerana beliau ini, kita juga tidak akan tahu ke manakah kita? Khasnya buat diriku yang dhaif lagi hina ini!!! Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra ialah Nenek Moyang bagi Para Pendakwah Islam Nusantara ini,khusus nya Wali Songho.  

      


SAIYID THANAUDDIN atau SAIYYID MOHAMAD SAMAN atau SAIYID ABDUL KARIM atau DATUK ADI PUTRA atau PANGLIMA HITAM (1350-1510)
     

       Saiyid Thanaudin dilahir kan di Pantai Malabar, India pada tahun 1350 m .Bapa beliau ialah Amir Saiyid Syah Jalaludin iaitu Sultan Maabar dalam Kesultanan Delhi, DINASTI KHILJI. Abang beliau ialah Syeikh Saiyid Jamadi Qubra. Pada tahun 1400 m, 7 adik beradik beliau , diketuai Saiyid Husin membawa rombongan misi dakwah ke Nusantara Melayu. Rombongan mereka singgah ke Samudera Pasai dahulu. Kalau abang nya Maulana Saiyid Husin bergerak dalam misi dakwah, Saiyid Thanaudin bergerak dalam ilmu kebatinan islam( tasauf kesufian), persilatan, perubatan islam, malah mengarang sebuah kitab bahasa arab, kalau di terjemah ke bahasa melayu. Bernama KITAB SIA SIA BERGUNA. Kitab ini telah di temui di Wilayah Rawien, Petani, malang nya sudah terlalu uzur, tidak bolih di baca lagi, sebahgian besar isi kandung nya, Kitab ini di simpan dalam PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR. Orang yang menjumpai nya ialah ALmarhum Ustaz Wan Mohamad Shagir, seorang pengkaji sejarah yang terkemuka di dekad ini.
     Setelah singgah di Pasai ,rombongan misi dakwah ini berpecah , Saiyid Thanaudin  di arah kan berdakwah ke Kepulauan Sulu pada tahun 1380 m. Saiyid Thanaudin menukar nama kepada Saiyid Abdul Karim Makdum  atau Sharif Aulia. Beliau mendapati telah ada penduduk yang telah memelok islam di sana. Pada tahun 1300 m, telah ada 2 orang tokoh islam menjejak kaki ke Pulau Jolo iaitu di panggil olih orang tempatan dengan nama Tuan MASHAIKA dan Tuan MAQBULU. Tempat itu dikenali nama BUANSA ( EWANSA).
      Syeikh Abdul Karim lah yang mengislamkan Raja Sulu , peritiwa ini di sebut dalam tradisi Sulu. Dan se buah masjid di diri kan di situ. Seterus nya beliau bergerak ke Pulau Mindanao ( Manguidanao). Syeikh Abdul Karim berkahwin dengan Puteri Raja Sulu dan melahir kan zuriat di sana.
       Pada tahun 1420 m, Syeikh Thanaudin balik ke Kelantan, iaitu di Bukit Panau. Di situ beliau membuka Pusat Pengajian Sufi khusus nya dalam  Metoloji Kerohanian Islam dan Kebatinan Islam. Di tempat ini lah Daing Mempawah atau nama paling terkenal LAKSAMA NA TUN TUAH belajar  ( menambah ilmu persilatan ) ilmu kebatinan dan persilatan.Nama Saiyid Thanaudin paling terkenal dalam hikayat  Melayu ialah SANG ADI PUTRA .
  Pada tahun 1440  Saiyid Thanaudin bergerak ke Melaka khusus ke Pulau Besar. Beliau lah ulama yang pertama dating ke Pulau Besar , mengikut cerita nenek saya. Dari Pulau Besar beliau naik ke Gunung Ledang dan membuka gelanggang silat di tingkat 5 , di tempat yang di kenali BATU ALIF, sekarang ini. Sebenar nya Gunong Ledang sudah ada penempatan manusia pada tahun 1243 m , batu bersurat di puncak Gunong Ledang di tulis dalam bahasa Jawa kuno ,di tulis 1313, kalau kita tolak 70 kita akan dapat 1243 ,lebih kurang. Tahun Jawa Kuno kena tolak 70 tahun terkebelakang dari tahun masihi. Di tingkat 6 juga ada nama Gua Majapahit dan di cerita kan pada saya , seorang Petapa Jawa Majapahit telah bertapa di situ dan hilang hingga kini. Sebab itu lah di nama kan Gua Majapahit, sempena nama Petapa Majapahit itu. Saya sebenar nya telah 7  kali mendaki  Gunung Ledang , hampir keselurohan Gunung Ledang telah saya jelajahi, itu pun tidak puas lagi ,kalau di izin kan ALLAH dan badan sihat serta tidak sibok dalam urusan perubatan, saya mahu mendaki lagi…Banyak tempat sejarah nenek moyang saya di sana. Selain Pulau Besar dan Tanjung Tuan. Gunong Ledang ada lah dari perkataan Jawa Kuno ,yang bermaksud GUNONG YANG JAUH. Pada kajian saya yang terbatas ini gunong ini telah di teroka olih orang Jawa pada zaman Majapahit lagi. Kalau kita kearah pekan Tangkak , keseluruhan penduduk asal ada lah etnik keturunan Jawa. Di Gunong Ledang memanglah sesuai , kalau kita nak beruzlah, jauh dari kesibokan orang ramai. Menurut sunnah rasul, kalau kita berkhalwat atau beruzlah, kita kena jauh dari orang ramai dan itu lah sebab nya Rasullah berkhalwat dan beruzlah ke Gua Hira.      
    Saiyid Thanaudin tidak lah menetap di Gunong Ledang , kediaman nya yang sebenar ialah di Pulau Besar.Ada kemungkinan juga Maulana Ishaq berguru dengan Saiyid Thanaudin darihal ilmu persilatan, kerana mengikut firasat saya, Maulana Ishaq tidak kurang handal nya dalam persilatan., Cuma Maulana Ishaq banyak ke ilmu dakwah . Maulana Ishaq adalah pangkat cucu kepada Saiyid Thanaudin, tetapi umur mereka berdua hanya Saiyid Thanaudin tua 20 tahun sahaja.
        Pada tahun 1510  m ,Datuk ku yang terkenal dalam persilatan, perubatan dan dakwah ini telah kembali menghadap ALLAH , pada usia yang lanjut dan di makam kam di Pulau Besar, di dalam Komplek Pemakaman Al Sultan AL Ariffin. Tentang zuriat Datuk saya ini ,saya belum dapat temui lagi, mungkin ada anak cucu nya di Selatan Filipina atau mungkin juga ada di Kelantan.Antara anak murid perempuan yang paling handal dalam persilatan dan perubatan ialah Raden Puteri Ratna Gumilah Sari dan Puteri Cempaka Biru.


                           RADEN AHMAD RAHMATULAH  ATAU SUNNAN AMPEL  (1383-1517)
   
      Sunnan Ampel dilahirkan pada tahun 1383 M. Sunnan Ampel telah di didik oleh bapanya iaitu Maulana Ibrahim dan juga datuknya Maulana Saiyid Husin Al-Kubra mengenai dengan Islam di Campa. Pada tahun 1401M beliau, ke Palembang, dalam misi dakwah ke Tanah Jawa. Beliau bersama adiknya Maulana Ishak mengislamkan Adipati Palembang iaitu Pengeran Arya Damar, digantikan dengan nama Islam Abdullah. Beliau jugalah yang mengislamkan Pangeran Jimbon atau Jaya Wisnu digantikan dengan nama Raden Fatah. Sunnan Ampel mengasaskan pengajian pondok di Ampel Denta, Surabaya. Beliau mempunyai ramai anak murid disamping mempunyai ramai anak. Sunnan Ampel berkahwin sebanyak 4 kali mengikut sejarah, diantara isteri-isteri beliau ialah:
1.         Nyai Ageng Manila Bt Arya Tejo, melahirkan:
a)         Raden Siti Sariah
b)         Raden Siti Mutmainah
c)         Raden Siti Hafsah
d)         Raden Maulana Makdum Ibrahim atau Sunnan Bonang (1450-1592)
e)         Raden Kasim
f)          Raden Hashim atau Sariffudin atau Sunnan Derajat
g)         Raden Ageng Maloka
h)         Raden Siti Dewi Sara

2.         Dewi Karimah Bt Ki Bang Kuning
a)         Raden Dewi Murtasiah berkahwin dengan Sunnan Giri
b)         Raden Dewi Murtasimah kahwin Raden Fatah

3.         Nyai Ageng Bela
a)         Nyai Mutmainah

4.         Puteri Jawa ( tidak ketahui namanya)
a)         Raden Asyiqah
b)         Raden Alawiyah kahwin dengan Sunnan Gunung Jati
c)         Raden Ahmad Husamudin atau Sunnan Lamongan
d)         Raden Zainal Abidin atau Sunnan Demak
e)         Raden Jaafar Siddiq atau Sunnan Kudus
f)          Raden Abdul Jalil  atau Raden Asmoro
g)         Raden Syaripah Syafiah kawin dengan Sunan Kali Jaga.

Sunnan Ampel mempunyai ramai anak murid. Diantara anak-anak murid nya ialah:
1.         Raden Fatah anak daripada Prabu Brawijaya Sri Kertabhumi (1474-1478) dan ibunya Nyai Dewi Endang Sasmitapuri, Puteri Campa. Beliau dilahirkan di Palembang pada tahun 1455M. Beliau telah dibesarkan oleh ayah tirinya yang bernama Raden Ario Damar yang nama Islamnya Raden Abdullah Putera Prabu Brawijaya Seri Kertawijaya (1447-1451). Beliau telah dilahirkan bersamaan kedatangan Sunnan Ampel ke Palembang dalam perjalanan ke Tanah Jawa. Beliau telah dihantar ke Ampel Denta dan belajar daripada Sunnan Ampel. Beliau telah menjadi Sultan Damak I pada 1478M. Beliau juga telah berkahwin dengan anak Sunnan Ampel yang bernama Raden Dewi Murtasimah daripada Raden Fatah atau Sultan Seri Alam Akbar lahirlah:
a)         Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Gunung Ledang yang terkenal itu.
b)         Raden Puteri Mariam atau Puteri Saadong tetapi telah dibesarkan oleh Cik Siti Wan Kembang. Raja negeri Jemal, Kelantan. Raden Fatah telah wafat pada tahun 1518M. Sultan Demak yang ke II ialah Pengeran ADIPATI SEBERANG LOR yang juga menantu beliau suami kepada Puteri Ratu Emas Nyawa atau Puteri Retno Gumilah Sari dan kemudian nanti akan terkenal dengan nama PUTERI GUNONG LEDANG.

2.         Sunnan Giri , anak Maulana Ishak, anak saudara pada Sunnan Ampel. Namanya yang sebenar ialah Raden Paku, beliau juga diberi gelaran Joko Samudra oleh ibu angkatnya iaitu Nyai Ageng Pinatih. Sunnan Ampel berumur panjang dan mengikut sejarah beliau berumur 134 tahun. Beliau wafat pada tahun 1517 M. Makam wali agong ini terletak di Ampel Denta. Beliau telah meninggalkan anak-anak murid yang sangat ramai dan keturunanya juga ramai.



             SYEIKH  AHMAD KHAMIL ATAU PANGLIMA DAIK ATAU TOK KAYO HITAM                          (1483 -1626)


      Saiyid  Ahmad Khamil dilahirkan di Pulau Besar. Beliau adalah anak kepada Syeikh Ahmad Tajudin atau Tok Putih. Beliau adalah seorang ulama sufi yang diturunkan daripada datuk dan moyangnya Sultan Ariffin Syeikh  Ismail dan Maulana Ishak. Beliau dilahirkan kira-kira 1483 M. Ibunya bernama Siti Selaras Pinang Masak dan berketurunan Minangkabau
Sedari kecil beliau telah terdidik dengan tata kerama Islam oleh moyang dan ayahnya, supaya beliau menjadi seorang pendakwah yang terulong dan pengganti kepada nenek moyangnya. Selain daripada ilmu-ilmu Islam , beliau juga diajar tentang seni silat dan ilmu perubatan Islam. Ilmu perubatan Islam memang telah diajar oleh Syeikh Thanaudin atau Dato Adiputra kepada keturunannya. Syeikh Thanaudi adalah adik bongsu Maulana Husin Al-Kubra, datuk saudara Maulana Ishak. Syeikh Tanaudin memang mendiami Pulau Besar dan Upeh (Tengkira). Syeikh Tanaudinlah yang menjadi guru kepada Laksamana Hang Tuah dan lima sahabatnya yang bernama Jebat, Kasturi, Lekir dan Liqiu. Syeikh Thanaudin juga digelar sebagai 'PANGLIMA HITAM'.
     Syeikh Ahmad Khamil ditugaskan berdakwah di negeri Inderagiri pada tahun kira-kira 1550M. Pada masa itu Inderagiri telah diperitah oleh Sultan Mohamad Syah (1557-1599). Beliau telah pergi ke Inderagiri bersama bapanya iaitu Syeikh Ahmad Tajudin. Syeikh Ahmad Tajudin semasa di Inderagiri 'SYEIKH ABDUL QADIR'. Syeikh Ahmad Khamil pula gelar orang sebagai 'SYEIKH AHMAD SHAH'.
Semasa di Inderagiri, selain berdakwah Syeikh Ahmad Khamil juga telah dilantik menjadi Panglima Perang Inderagiri yang bergelar 'PANGLIMA DAIK'. Bapanya menjadi guru agama kepada sultan.
      Beliau telah berkahwin dengan Daeng Siti Molek. Daeng Siti Molek ini berketurunan Bugis, Riau. Keturunan Daeng Siti Molek banyak berada di Lingga dan Riau. Mereka berkahwin pada tahun 1545M, semasa Panglima Daik berkhidmat di negeri Inderagiri.
Apabila isteri pertamanya meninggal dunia beliau telah berkahwin pula dengan Puteri Mayang Mengurai, anak kepada Temenggung Merah Mato pemerintahan Pagar Ruyung.
         Pada waktu perang melawan tentera Acheh pada tahun 1623M, Syeikh Ahmad Khamil adalah Panglima Perang Inderagiri. Peperangan ini telah dimenangi oleh Inderagiri, tentera Acheh ini telah dikalahkan dan mereka telah dihalau keluar dari Inderagiri.
  Panglima Daik (Syeikh Ahmad Khamil) telah mendapat 2 orang putera daripada perkahwinan isteri pertama iaitu:
         a.         Syeikh Ahmad Khamal (PANGLIMA LIDAH  HITAM)
         b.         Syeikh Ahmad Kadir  atau Syeikh Tuan Husoh [PANGLIMA KOTA BERJALAN RAJA SARI ] atau (BENDAHARA TOK SELUMPIT)
          Pada tahun 1623M, semasa serangan Acheh, isterinya Daeng Siti Molek telah wafat dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Kota Lama. Dan Panglima Daik telah berkahwin pula dengan Puteri Mayang Mengurai, juga cucu kepada Sunnan Gunung Jati. Pada tahun 1551M. Daripada puteri ini lahirlah Syeikh Ahmad Kamal. Setelah berkhimat sebagai ulama dan panglima Syeikh Ahmad Khamil atau Ahmad Syah atau Panglima Daik atau Tok Kayo Hitam  wafat kira-kira tahun 1626 M. Jenazahnya telah dimakamkan di Kota Lama, Inderagiri, propinsi, Riau. Di makamkan berhampiran makam ayahnya Tok Putih atau Syeikh Ahmad Tajudin atau Syeikh Abdul Qadir atau Datuk Paduko Berhalo atau Syeikh Ahmad Salim.


                SYEIKH AHMAD KHAMAL ATAU PANGLIMA LIDAH HITAM (1557-1696)

       Saiyid  Ahmad Khamal dilahirkan pada tahun 1557 M di Inderagiri. Beliau adalah anak kepada Panglima Daik. Dikenali juga dengan nama Panglima Zaharudin. Abang beliau ialah Saiyid Ahmad Kadir (Bendahara Tok Selumpit) atau Syeikh Tuan Husoh. Ibu beliau ialah Syaripah Siti Tolkiah atau Puteri Mayang Mengurai bte Temenggung Merah Mato [Pengeran Mohamad Husin ] bin SUNAN GUNONG JATI.
Syeikh Ahmad Khamal belajar agama daripada bapanya Syeikh Ahmad Khamil atau Panglima Daik. Disamping belajar agama, Syeikh Ahmad Khamil juga belajar tentang persilatan daripada bapa dan ibunya mengajar ilmu silat kepada beliau. Pada zaman itu sama ada lelaki atau perempuan keseluruhannya belajar silat.
         Syeikh Ahmad Khamal menjadi Ketua Panglima Perang Inderagiri digelar Panglima Zaharudin. Beliau juga pernah dihantar bertugas dibanyak tempat. Disamping berperang melawan lanun-lanun juga berperang melawan penjajah Belanda di Melaka. Pernah ditugaskan ke Padang Periaman. Pagar Ruyung.
Syeikh Ahmad Khamal berkhawin dengan Puteri Aminah ataupun Daeng Puteri Jamilah. Pada kira-kira tahun 1650M. Syeikh Ahmad Khamal balik ke Melaka iaitu tempat asal nenek moyangnya. Beliau telah membuka perkampungan sebelah barat Telok Ketapang dan dikenali dengan nama 'Air Molek'. Ramai ahli keluarga beliau di bawa berpindah ke tempat baru dan melahirkan ramai keturunan, di Air Molek. Anak beliau Syeikh Ahmad Jamil melahirkan ramai keturunan kami di Merlimau, Air Molek, Umbai dan Telok Mas. Panglima Hitam telah dihantar melawan Belanda di Melaka pada tahun 1696  semasa peperangan. Semasa peperangan itu beliau cedera parah, perahunya terdapat di Parit Sakai dan beliau wafat di perahu. Beliau telah dikebumikan berhampiran sungai di Parit Sakai, Muar.




         SYEIKH AHMAD MAULANA ISMAIL ATAU TOK JANGGUT ACHEH (1655-1805)
   

         Saiyid  Ahmad Maulana dikenali juga dengan nama Syeikh Ismail Pulau Besar sempena dengan moyangnya iaitu Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Beliau juga dikenali dengan Tok Janggut Acheh. Bapanya bernama Syeikh Ahmad Khamal atau Panglima Hitam. Ibu beliau ialah Puteri Aminah iaitu seorang puteri dari Kerajaan Pagar Ruyung dan Kerajaan Siak Inderagiri. Dilahirkan di Inderagiri (Daik) pada kira-kira tahun 1655M.
          Syeikh Ahmad Maulana dibesarkan didalam suasana peperangan samaada perang dengan Acheh atau Belanda. Beliau belajar ilmu agama daripada bapanya malah pernah dihantar ke Acheh. Itulah sebabnya gelaran yang terkenal ialah Tok Janggut Acheh. Syeikh Ahmad Maulana seorang Panglima Perang yang digeruni oleh pihak penjajah Belanda. Sementelah lagi beliau bergabung dengan Nakhoda Hitam iaitu saudaranya daripada nasab jurai Syaripah Siti ZubaidahBinti Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Beliau juga bersama-sama Raja Haji membawa angkatan dari Selangor, Terengganu, Rembau, Johor, Riau, Jambi, Inderagiri, Pagar Ruyong dan Perak. Jumlah Armada Perang mereka tidak kurang daripada 1000 kapal perang yang menyerang Belanda di Melaka, pada tahun 1785. Armada gabungan ini mengepung Melaka daripada semua arah dari Tanjung Kling, Batang Tiga, Bunga Raya, Semabok, Duyung, Telok Ketapang (Telok Mas), Bertam dan Durian Daun. Kepungan ini berlaku selama hampir 9 bulan. Kalaulah tidak kerana pengkhianatan dari Siak (Raja Kecil) yang membantu Belanda, sejarah akan berlainan dari apa yang ditulis sekarang.
         Pehubungan beliau dengan Nakhoda Hitam memang rapat. Nama sebenar Nakhoda Hitam ialah Raden Aria Putra Bin Pengeran Aria Nasharudin Yunus. Ibu Nakhoda Hitam adalah Syaripah Siti Zubaidah Bin Sultan Ariffin Syeikh Ismail Pulau Besar. Nakhoda Hitam pangkat bapa saudara kepada Syeikh Ahmad Maulana. Nakhoda Hitam memang digeruni di laut Selat Melaka oleh Belanda. Nakhoda Hitam ini juga kerabat Sultan Jambi.
          Syeikh Ahmad Maulana berkahwin dengan Raja Siti Khatijah Binti Daeng Kemboja Bin Daeng Perani. Semasa serangan ke Melaka, Raja Ahmad , Panglima Arung Lenga, Daeng Selikang dan Raja Haji Syahid di Telok Ketapang, Melaka pada tahun 1785M. Raja Ahmad adalah Putera Raja Haji.
Semasa zaman hidupnya gerakan-gerakan penyerangan Belanda banyak digerakkan oleh beliau bersama-sama dengan panglima perang dari Riau, Selangor dan lain-lain tempat dalam Empayar Riau Johor Lingga dan Bentan. Sejarah peperangan banyak dituruti oleh beliau di seluruh pengairan Selat Melaka.
Semasa usia yang lanjut, Syeikh Ahmad Maulana banyak menghabiskan masa mengajar silat dan dan agama Islam kepada murid beliau dalam Tarikat Kesufian di PulauPisang (Johor). Pada masa dahulu Pulau Pisang dibawah Pemerintahan Amir Karimun.
        Syeikh Ahmad Maulana wafat. Pada tahun 1877M dan telah dimakamkan di Pulau Pisang.
Hasil perkahwinan Syeikh Ahmad Maulana dan Raja Siti Khatijah, maka lahirlah Syeikh Umar Said, Syeikh Umar Said lah yang telah membuka belah kampung yang bernama 'Bukit Rambai' pada kira-kira tahun 1830M. Beliaulah yang menurunkan hampir 90%  penduduk asal Bukit Rambai. Seorang anak beliau iaitu Syeikh Ahmad Masood, menjadi sultan Jambi pada tahun 1780 bergelar SULTAN MASOOD BADRUDDIN.Dari Syeikh Ahmad Masood lah melahirkan keturunan sultan sultan Jambi. Kesultanan ini di hancurkan olih BELANDA LAKNATULAH pada tahun 1904 m. Sultan Jambi terakhir ialah Sultan Taha Saifudin .



SENARAI SULTAN-SULTAN JAMBI .
 1.Datuk Paduko Berhala atau Sayyid Ahmad Salim atau Tok Putih.
 2.Panglima Diaek atau Sayyid Ahmad Khamil.
 3.Pengeran Rantau Kapas atau Sayyid Ahmad Qadir.
 4.Penambahan Pandak Rengas
 5.Penambahan Bawah Sawo.
 6.Penambahan Kota Baru.
7.Sultan Abdul Qahar.
8.Sultan Agong Abdul Jalil.
9.Sultan Seri Ingologo.
10.Sultan Kiai Gede.
11.Sultan Mahmud Syah.
12.Sultan Intra Ingologo.
13.Sultan Anom Seri Ingologo
 14.Sultan Ratu Seri Ingologo.
15.Sultan Mahmud Mahideen.
16.Sultan Mahmud Fakaruddin.
17.Sultan Abdul Rahman Nazarudeen.
18.Sultan Thaha Shaifudeen .....Dihancurkan olih Belanda...dan Sultan Thaha Syaifudin di BUNOH !!!





                                SYEIKH UMAR SAID ATAU TOK SIAJI (1784-1899)


      Saiyid  Umar Said dilahirkan oleh ibunya yang bernama Raja Siti Khatijah Binti Daeng Kemboja Bin Daeng Perani Bin Upu Daeng Rilaka. Ibu Syeikh Umar Said ialah cucu Daeng Perani. Bapa Syeikh Umar Saad ialah  Syeikh Ahmad Maulana  atau Tok Janggut Acheh. Bapa beliau seorang ulama dan panglima perang seperti yang diatas. Keturunan Raja Siti Khatijah juga banyak terdapat di Bukit Darat, Pantai Rombang, Pantai Kundur, Kampung Gelam dan Tangga Batu (Pantai Puteri). Keturunan di Pantai Kundur ini adalah yang menurunkan nasab isteri saya iaitu Raden Syaripah, yang akan saya tulis nanti.

        Syeikh Umar Said juga digelar Syeikh Ahmad Saad dan bagi kami sekeluarga memanggil beliau dengan nama Tok Siaji. Beliau dilahirkan di Pulau Karimun. Pulau Karimun masa itu ialah jajahan Riau. Beliau dilahirkan pada tahun 1784M. Beliau dilahirkan setelah Belanda menyerang Pulau Penyengat. Pada tahun 1786. Semasa Melaka (Belanda) diserang oleh Armada Raja Haji pada tahun 1785M, Belanda hampir kalah, tetapi melalui pertolongan dari Siak dan Betawi maka gugurlah Raja Haji dan empat panglima perangnya. Saki baki Armada Raja Haji  lari pulang ke Riau, Armada Perang diketuai oleh Sultan Mahmud Syah III sendiri lari balik ke Riau. Tentera Belanda mengejar saki baki Armada itu. Setelah sampai di Riau mereka menyerang Riau, membakar hangus Pulau Penyengat (ibu kota) Kerajaan Johor, Riau. Mereka membunuh, merogol perempuan-perempuan di Pulau Penyengat. Ribuan tentera dan orang-orang kampung yang syahid. Akhirnya Sultan Mahmud Syah III dipaksa membuat perjanjian yang merugikan bagi pihak Kerajaan Johor-Riau. Diceritakan Belanda merampas lebih kurang empat ton emas dan harta-harta dibawa balik ke Melaka termasuk kitab-kitab agama dan lain-lain risalah.

        Syeikh Umar Said belajar agama dan persilatan dan mengubati orang (tabib) daripada bapanya Syeikh Ahmad Maulana. Beliau juga belajar mengubati orang daripada ibunya Raja Siti Khatijah. Ibunya selain boleh mengubati orang dan dia juga seorang bidan kampung yang mahir. Daripada kebolehan mengubati orang, hampir keseluruhan keluarga kami mahir dalam perkara ini.

         Syeikh Umar Said berkahwin dengan Daeng Siti Kamisah pada tahun kira-kira 1806M di Pulau Karimun. Siti Kamisah ialah anak Raja Mohamad Bin Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad Bin Raja Haji. Daeng Siti Kamisah adalah saudara juga dengan Syeikh Umar Saad. Pada tahun kira-kira 1809M, Syeikh Umar Said dan isterinya telah belayar dari Pulau Karimun ke Pulau Pisang dan terus ke Pengkalan Lanjut, Sungai Lereh. Di tepi Sungai Lereh sudah ada penempatan ibu saudaranya iaitu saudara-saudara daripada jurai Syaripah Siti Zubaidah. Dari Sungai Lereh  rombongan itu mudik ke hulu Sungai Lereh dan membuka penempatan baru yang di panggil 'Bukit Rambai'. Rombongan inilah yang telah membuka sawah dan perkebunan di Bukit Rambai.

         Pada siang hari Syeikh Umar Said melakukan kerja disawah dan pada malam harinya pula dia akan mengajar ilmu agama di surau Batu 7, Bukit Rambai. Diceritakan Syeikh Umar Said membuka tanah-tanah sawah dan kebun dari Batu Enam sehinggalah ke Batu Lapan, Bukit Rambai. Di Bukit Rambai sekarang ini telah terdapat dua buah masjid iaitu Masjid Pantai dan Masjid Darat. Masjid Pantai diasaskan oleh keluarga saya daripada sebelah nenek saya iaitu keluarga Daeng Siti Kamisah dan Masjid Darat (Masjid Paya Mengkuang) pula diasaskan oleh Syeikh Umar Said berserta sekolah agama dihadapan masjid tersebut. Tanah kepunyaan beliaulah diwakafkan  Tapak Masjid Sekolah Agama Jaim dan tanah perkuburan di pinggir masjid. Sehinggalah sekarang pegawai masjid tersebut berasal daripada keturunan kami. Daripada imam dan penghulunya juga adalah daripada keturunan kami, termasuk juga dengan sidangnya yang sekarang.

        Syeikh Umar Said selain membuat kerja sawah pada siang harinya, malam harinya mengajar ilmu agama, dan satu lagi kebolehan beliau ialah mengubatan orang. Beliau juga dikenali dengan  nama 'Pawang Saad'. Daripada apa yang telah saya selidiki semua ilmu-ilmu mengubati orang adalah berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa rasul. Beliau juga pengamal Tarikat Kesufian. Berdasarkan zikir-zikir yang diajarkan kepada saya. Sememangnya beliau mengamalkan 'Tarikat Nasabandiah' dan 'Tarikat Qadiriah'. Memang ada daripada keturunan beliau yang mengamalkan ilmu yang karut-marut (ilmu pawang-bersemah buang limas dan anchak) tetapi kepada saya telah diajarkan ilmu-ilmu Islam berdasarkan Al-Quran.

          Syeikh Umar Said memperolehi cahaya mata seramai dua orang iaitu Syeikh Ahmad Hitam dilahirkan pada 1810 dan Syeikh Ahmad Ibrahim dilahirkan pada 1967.Semasa penghijrahan rombongan Syeikh Umar Saad ibu beliau Raja Siti Khatijah turut serta, semasa itu Syeikh Ahmad Malana telah wafat di Pulau Pisang.Kesemua mereka menggunakan nama orang kampong biasa sahaja tanpa gelaran bangsawan.

           Syeikh Ahmad Ibrahim adalah anak daripada isteri keduanya yang bernama Siti Hawa orang Bukit Rambai. Daeng Siti Kamisah wafat pada tahun 1867M, dan dimakamkan di tanah perkuburan Setulang Daeng, Bukit Rambai. Beliau mempunyai ramai sanak saudara di Pantai Puteri (Tanjong Kling, Kampung Gelam, Lereh, Bukit Darat dan Pantai Rombang).

            Syeikh Umar Said wafat pada tahun 1919M dan telah dimakamkan ditanah perkuburan yang sama iaitu Setulang Daeng. Sebelumnya pada tahun 1899M Nenek Siti  atau nama sebenarnya RAJA SITI KHATIJAH telah wafat dan di makam kan di perkuburan Setulang Daing. Begitu lah takdir ALLAH seorang keturunan darah bangsawan di semadikan hanya di perkuburan biasa sahaja.
 Tanah perkuburan Setulang Daeng memang diwakafkan oleh Syeikh Umar Said.
        





                        SYEIKH AHMAD HITAM ATAU TOK HITAM (1810-1920)


       Saiyid  Ahmad Hitam dilahirkan pada tahun 1810 di Batu 7, Bukit Rambai. Ibunya bernama Siti Daeng Kamisah. Beliau belajar ilmu agama daripada bapanya Syeikh Umar Said. Beliau juga belajar Ilmu Tabib daripada ayahnya. Syeikh Ahmad Hitam pernah dihantar belajar di Pulau Besar selama 1 tahun semasa beliau berusia 15 tahun, selepas itu beliau pergi ke Langkat, Sumatera. Beliau berguru dengan seorang ulama yang dikenali dengan nama Saiyid Batullah.

        Syeikh Ahmad Hitam balik ke Melaka pada tahun 1831 dan mengambil alih tugas ayahnya mengajar di surau berhadapan dengan rumah mereka. Surau inilah yang akan menjadi Masjid Paya Mengkuang.  Syeikh Ahmad Hitam berkahwin dengan Daeng Siti Fatimah  yang berasal dari Pantai Kundur daripada keturunan Bugis pada tahun 1831M. Daripada perkahwinan beliau bersama Daeng Siti Fatimah mereka telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Syeikh Bachik, Syaripah Bidah dan Syeikh Ahmad Kecik.
        Disamping bekerja sawah dan kebun serta mengajar ilmu Islam, beliau juga terkenal dalam perubatan tradisional. Hal ini tidak menghairankan, disamping telah ada ilmu warisan daripada nenek moyang beliau, beliau juga belajar di Sumatera. Pada zaman itu untuk ke Sumatera, tidak memerlukan pasport cukup dengan menaiki perahu saja. Daripada segi ilmu agama beliau memang pengamal tarikat  dan zuhud. Didalam  perubatan, pernah diceritakan oleh ayah saya begini :- satu hari Tok Hitam telah pergi ke kedai kopi di Batu 8, seorang hamba Allah telah mencabar beliau untuk makan satu tempayan bubur kacang (sekarang lebih kurang 10 kilogram), cabaran itu telah disambut oleh Tok Hitam dengan syarat satu tempayan bubur kacang itu dibayar oleh hamba Allah itu. Mereka pun bersetuju. Maka, Tok Hitam pun memakan bubur kacang satu tempayan sehingga habis. Selepas itu Tok Hitam pulang ke rumahnya, dan hamba Allah tadi pun hendak pulang ke rumahnya tetapi hamba Allah itu tidak boleh bangun, kerana kekenyangan, sendawa dan kentut-kentut berdebum-debum lalu bagaimana? Seseorang telah menyusul mencari semula Tok Hitam dan meminta ampun dan maaf. Tok Hitam hanya berkata, aku maafkan, lain kali jangan buat lagi katanya, sambil itu Tok Hitam menyapu mukanya sambil mengosok-gosok perutnya. Di kedai kopi itu, hamba Allah tersebut muntah satu tempayan bubur kacang, hampir satu jam lamanya, barulah hamba Allah itu pulih. Dan hamba Allah tersebut terus pulang dan dia berasa serik untuk mencabar Tok Hitam lagi, bukan hamba Allah itu sahaja yang takut untuk mempermainkan Tok Hitam malahan sekampung turut tidak berani mempermainkan Tok Hitam. Tok Hitam semasa hayatnya diceritakan oleh ayah saya daripada moyang perempuan  saya (Syaripah Mersiah menantu Tok Hitam): cerita ayah saya:- Tok hitam seorang yang lemah lembut, tidak cakap banyak, berpakaian sederhana, suaranya hampir tidak kedengaran  dan jalannya tenang sahaja (bahasa sekarang- jalan pijak semut pun tak mati), percakapanya lurus, tidak bengkok-bengkok. Sebab itulah ramai yang suka mengusik beliau. Pakaian yang dipakai beliau seperti pakaian orang miskin. Beliau sebenarnya zuhud dan tidak miskin. Sekolah agama di Batu 7, beliaulah yang membinanya dan tapak tanah sekolah tersebut adalah milik beliau. Beliau juga menwakafkan masjid Paya Mengkuang, Tanah Perkuburan Masjid dan Sekolah Agama Jaim di Bukit Rambai.
          Memandangkan negeri Melaka adalah Negeri-Negeri Selat yang tidak mempunyai raja dan telah dijajah hampir 300 tahun, pada masa itu, pelajaran agama (pondok atau pesantren) tidak berapa digalakkan oleh Kerajaan Inggeris. Sekolah agama yang diasaskan oleh nenek moyang saya, hanyalah sekadar pengajian agama yang tidak formal saja. Jikalau seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Johor, saya rasa sekolah agama itu memang akan menjadi sekolah pondok yang tersohor di Melaka khususnya. Di Melaka kini hanya terdapat 2 sahaja sekolah pondok yang masih lagi benar-benar aktif. Sekolahnya ialah sekolah Al-Nuriah di Sungai Udang dan Sekolah Agama Solok Gaung di Telok Mas.
            Syeikh Ahmad Hitam wafat pada tahun 1920M dan beliau meninggalkan 3 orang anak dan juga sedikit harta yang telah diwakafkan. Beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Setulang Daeng, berhampiran dengan makam ayahnya, ibunya dan isterinya Daeng Fatimah yang wafat pada 1912.
    


                    SYEIKH AHMAD IBRAHIM ATAU TOK HAJI AHMAD (1867-1930)

       Saiyid Ahmad Ibrahim dilahirkan pada tahun 1867. Bapanya adalah Syeikh Umar Said dan ibunya orang biasa iaitu Siti Hawa. Syeikh Ahmad Ibrahim ini lain daripada yang lain dalam keturunan saya sebabnya:
1.         ibunya orang kebanyakkan
2.         Makamnya (nisan) tertulis namanya huruf jawi ' SYEIKH AHMAD IBRAHIM BIN SYEIKH UMAR SAID.

      Pada tahun 2008, saya masih was-was lagi menggunakan pangkal nama 'Syeikh', saya telah mencari keturunan saya daripada tahun 1999 lagi, setelah genap usia saya 40 tahun. Pada masa itu percaya dengan tidak saja, walaupun kawan-kawan saya telah memanggil saya dengan nama 'Pak Syeikh'. Pada masa itu saya sedang sibuk berniaga di pasar malam, jadi manalah ada masa  nak mencari keturunan, yang saya tahu datuk saya (Tok Ayed) beritahu saya, kami adalah keturunan Bugis. Pada tahun 2004 saya giat  sekali mencari keturunan, saya bermunajat dimakam buyut saya Syeikh Umar Said (Tok Siaji) untuk mencari siapakah keturunan saya, disamping pergi ke Pulau Besar, Gunung Ledang dan Tanjong Tuan untuk bermunajat kepada Allah S.W.T memohon petunjuk. Disamping pergi ke Masjid Kampung Hulu, melakukan solat hajat dan istiqarah akhirnya, pada bulan Disember 2008, Pak Busu saya (Busu Mail)  telah menunjukkan saya  makam Syeikh Ahmad Ibrahim ini disamping diceritakan asal usul keturunan keluarga kami yang sebenarnya, pangkat nama keturunan saya adalah 'saiyid' kerana keturunan kami adalah daripada jurai Saidina Hasan.
        Syeikh Ahmad Ibrahim dilahirkan di Bukit Rambai dan dibesarkan oleh ayah dan ibunya serta abang yang berlainan ibu iatu Tok Hitam. Perbezaan umur antara beliau lebih kurang 57 tahun, sebab itulah beliau juga banyak belajar daripada abangnya Tok Hitam. Tok Hitam memang pengamal Tarikat Sufiah (ahli sufi). Syeikh Ahmad Ibrahim dihantar belajar ke Langkat Sumatera. Pesantren ini terkenal daripada sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang. Guru-guru pesantren ini banyak daripada keturunan saya daripada jurai Saiyid Ali Mutardo Bin Saiyid Ibrahim Asmara Kandi (adik Maulana Ishak). Di Langkat Tok Ahmad Ibrahim belajar selama 7 tahun. Selepas itu pula beliau belajar ke Mekah dan kemudian beliau kembali ke Melaka pada tahun 1885M. Pada tahun ini juga adalah 'TAHUN MALANG' bagi bangsa Melayu. Kesultanan Riau Lingga berada di tangan sultan terakhir iaitu Sultan Abdul Rahman Muazam Syah. Kesultanan  Riau-Lingga dimansuhkan  pada tahun 1911M. Di musnah kan olih PENJAJAH LAKNATULLH.
      Syeikh Ahmad Ibrahim berkahwin dengan Syaripah Siti Khatijah Kalilullah binti Saiyid Mohamad Battullah. Syaripah Khatijah adalah anak guru Tok Mat Berahim semasa menuntut ilmu di Langkat. Dan sebab itulah Syaripah Siti Khatijah digelar 'Nenek Batak'. Syaripah  Siti Khatijah bukan orang Batak tetapi orang Samudera-Pasai. Bapanya keturunan Arab dan ibunya juga Arab. Mereka berkahwin di Langkat pada tahun 1893. Diceritakan kepada saya 'Nenek Batak' ini memang lemah lembut  dan sentiasa berzikir, berkemahiran mengubati orang dan bidan kampung.
      Daripada zuriat Tok Mat  Ibrahim dan Nenek Batak lah yang melahirkan ramai keturunan saya. Diceritakan kepada saya anak-anak mereka seramai 11 orang iaitu:
a)         Syeikh Mohamad Endut
b)         Syekh Mohamad Akib
c)         Syeikh Abu Bakar
d)         Syeikh Tambi- mati muda tanpa zuriat
e)         Syeikh Komeng - meninggal muda tanpa zuriat
f)          Syeikh Lisut
g)         Syeikh Mat Sap
h)         Syeikh Mat Yasin
i)          Syeikh Mandak atau andak
j)          Syaripah Ariah
k)         Syaripah Mersiah


     Semasa hayatnya  Tok Mat Ibrahim  benci pada penjajah dan sentiasa menanam semangat kebencian penjajah itu ke sanubari anak-anak muridnya. Beliau adalah seorang wali Allah yang zuhud. Pernah diceritakan Tok Mat Ibrahim di tangkap oleh British dan hendak di bawa ke Singapura kerana tuduhan menghasut, kapal yang membawa beliau tidak dapat bergerak untuk belayar di Tanjong Kling. Akhirnya Tok Mat Berahim dan rakan-rakannya di lepaskan, barulah kapal itu dapat bergerak semula dan belayar.
      Tok Mat Berahim juga pernah berdoa untuk orang bersafar di Pantai Puteri. Doanya kita tidak tahu, alih-alih pesta pantai (Safar) itu tidak diadakan dari tahun 60-an sehingga sekarang. Pesta Safar adalah syirik kerana ada upacara menyemah pantai, memuja penunggu laut. Pesta itu diadakan pada hari Rabu akhir, bulan Safar setiap tahun.
       Semasa hidup Tok Mat Berahim sentiasa melarang kerja-kerja syirik seperti memuja kubur, memuja pantai, membuang ancak dan membuang limas. Disamping menngajar ilmu agama, silat, mengubati orang dan bersawah padi pada siang hari, beliau juga suka berjalan-jalan pada sebelah petang hari ke seluruh pelusuk kampung, malah sampai ke Pantai Puteri. Semasa berjalan-jalan ketika ada yang membuat perkara syirik dan mungkar akan ditegurnya. Perangai beliau keras sedikit daripada abangnya Tok Hitam. Beliau juga suka mengikuti isterinya Nenek Batak membidankan orang bersalin.
       Tok Mat Berahim juga dikenali dengan nama Tok Haji Ahmad Melaka. Beliau mengajar di sekolah agama rakyat yang didirikan di tapak tanah warisan nenek moyangnya.
        Tok Mat Ibrahim wafat pada tahun 1930M dan telah dimakam di tanah perkuburan  Masjid Solok Paya Mengkuang. Makam beliau terletak betul-betul di hadapan mimbar masjid. Pada tahun 1940 Nenek Batak wafat dan dimakamkan di perkuburan masjid disamping makam Tok Mat Ibrahim.


 



                                SYEIKH AHMAD KECIK ATAU CHIK (1820-1950)


        Saiyid Ahmad Chik dilahirkan pada tahun 1820M. Bapanya adalah Syeikh Ahmad Hitam dan ibunya ialah Daeng Siti Fatimah. Beliau anak-anak tertua daripada anak-anak Tok Hitam.  Syeikh Ahmad Chik lah yang membuka 'Solok Paya Mengkuang 2'. Tapak rumah beliau masih lagi terdapat sehingga sekarang. Saya adalah cicit beliau yang pertama lahir di tanah itu, daripada jurai nasab yang pertama lahir di tanah itu, daripada jurai nasab lelaki (Mohamad Din Bin Jalil Bin Ahmad Said  bin Ahmad Kecik).
        Syeikh Ahmad Chik berkahwin dengan sepupunya Syaripah Mersiah. Syaripah Mersiah adalah anak bungsu Syeikh Ahmad Ibrahim dengan Syaripah Khatijah (Nenek Batak). Semasa hidupnya moyang lelaki saya ini bekerja sawah dan kebun.
         Masa itu tahun 1960-an, Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya dipenuhi hutan yang gelam. Kawasan itu dikenali dengan nama Paya Lebar dan Paya Goyang. Tiada jalan dari Bukit Rambai ke Tanjung Minyak melalui Taman Rambai Jaya. Perumahan di Paya Mengkuang 2 ada di tepi-tepi jalan dan rumahnya sebuah-sebuah, bukan seperti sekarang, berlapis-lapis rumah. Saya tidak dibesarkan di Bukit Rambai dan telah di besarkan di Rumbia, Alor Gajah, tetapi selalu juga saya berkunjung ke Bukit Rambai. Saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Moyang Chik tetapi saya berkesempatan berjumpa dengan  Moyang Mersiah dan Moyang Ariah. Moyang Mersiah (Empan) ini, bentuk badannya tinggi lampai (5 kaki 6 inci) lebih kurang, berkulit putih, hidung mancung, bermata galak dan berambut ikal. Melihat pada bentuk tubuh badan Moyang Empan saya percaya bahawa kami memang keturunan Arab Kacukan Bugis. Beliau banyak bercerita tentang dulu-dulu, suka berbual  dan bercerita zaman dulu.

         Syeikh Ahmad Chik mempunyai anak seramai 5 orang iaitu 3 lelaki 2 perempuan. Dan anak-anaknya ialah:
a.         Syaripah Long                          -Nenek Long
b.         Syeikh Ahmad Said                  -Tok Ayed
c.         Syeikh Abdul Rahman               -Tok  Bongkok
d.         Syeikh Ahmad                          -Tok Kantan
e.         Syaripah Che Me                      -Nenek Busu   
      Saya sempat berjumpa empat orang datuk dan nenek saya, seperti di atas, kecuali Nenek Syaripah Long. Syeikh Ahmad Chik wafat pada tahun 1950M  dan dimakamkan di Perkuburan Setulang Daeng, Syaripah Mersiah wafat pada tahun 1967M juga dimakamkan di Perkuburan Setulang
Daeng.                                           

           
                                     SYEIKH AHMAD SAID ATAU TOK AYED
                                                       (1887-1995)
     
         Tok Ayed dilahirkan pada tahun 1887M. Dilahirkan di Bukit Rambai dengan nama Saiyid Ahmad Said. Bapanya Tok Chik dan ibunya Nenek Empan. Beliau bersekolah Melayu dan boleh membaca jawi dan rumi. Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita kerabat beliau di sebelah pantai (Batu 6, Bukit Rambai) pada tahun 1917M. Tetapi tiada zuriat dan meninggal dunia pada tahun 1925M. Nenek ini memang tidak tahu namanya. Hal ini kerana datuk memang tidak pernah menceritakan namanya. Beliau berkahwin dengan Syaripah Che Nah Binti Syeikh Mohamad,, Orang Pantai Batu 6 Bukit Rambai. Pantai Batu 6, Bukit Rambai memang ramai kerabat almarhum nenek saya Syaripah Che Nah. Masjid Pantai Batu 6 diasaskan oleh  keturunan Daeng Siti Kamisah (Moyang Datuk Saya). Daripada Syaripah Che Nah pula, melahirkan ramai anak-anak Tok Ayed iaitu:
a.         Syaripah Sirah                                                                          lahir -1932
b.         Syeikh Abdul Jalil                                                                     lahir- 1933
c.         Syaripah Bidah                                                                         lahir- 1934
d.         Syeikh Osman  (tidak berkahwin wafat pada tahun 2006)         lahir- 1935
e.         Syeikh Ali (wafat  pada tahun 1984)                                         lahir- 1937
f.          Syaripah Tijah                                                                          lahir -1938
g.         Syeikh Yaakub                                                                         lahir - 1949  -  01.03.2010
h.         Syaripah Che Tah                                                                     lahir -1952
i.          Syaripah Rokiah                                                                       lahir -1956
j.          Syeikh Mohamad Aris                                                              lahir - 1958

   Nenek saya Syaripah Che Nah wafat pada bulan September 1959 semasa saya berumur 6 bulan. Pada tahun 1971, datuk saya telah berkahwin dengan Che Nah Binti Yasuf juga daripada kerabat kami. Perkhawinan dengan  Che Nah Yasuf ini pula lahirlah  5 orang anak Tok Ayed lagi iaitu 4 perempuan 1 lelaki iaitu:
a.         Syarifah Ramlah
b.         Syaripah Ramnah
c.         Syaripah Ramni
d.         Syaripah Ramnoh
e.         Syeikh Azril
    Semasa muda Tok Ayed bekerja sebagai petani, membuat kerja kampung dan mengubat orang sakit. Beliau memang berkemahiran untuk mengurut lelaki yang bermasalah. Semasa zaman Jepun beliau menjadi HEHO iaitu Ketua Kampung. Beliau banyak bercerita kepada saya tentang zaman komunis dan zaman-zaman menjelang kemerdekaan Tanah Melayu. Daripada Tok Ayed lah saya banyak bertanya tentang keturunan kami. Beliau menceritakan tentang kami rumpun Bugis dan Cina. Apabila saya selidiki, kami bukan daripada darah Cina dan tidak ada seorang pun yang berkahwin dengan orang cina daripada keturunan kami. Setelah saya mencari dan halusi, serta bermunajat kepada Allah S.W.T saya dapati kami daripada keturunan Arab, Bugis,Champa dan Chempe/Juempa.(Pasai ). Hal ini berdasarkan daripada buku yang saya baca dan kaji..Daripada percakapan orang tua-tua dan binaan tubuh ahli-ahli keturunan kami. Nasab Cina adalah daripada Pak Teh Kaus, datuknya adalah Cina. Oleh itu daripada anak-anak Pak Teh  Kaus dan anak-anak Busu Latif dan Busu Hayatilah yang berdarah Cina. Majoriti ahli-ahli keturunan kami lelaki tinggi-tinggi dan berkulit putih kemerahan dan dikulit masing terdapat tompok-tompok coklat (kulit telur puyuh). Pada kajian saya, kulit begitu diwarisi daripada orang-orang Campa. Ini dapat saya pastikan , bahawa keturunan kami memang berdarah Campa. Dalam nasab kami yang berdarah Campa ialah:
a.         Maulana Ibrahim Asmoro - daripada ibunya Puteri Ramawati Bte Sultan Zainal Abidin dan Permaisuri Siti Zubaidah (SULTAN CAMPA-KEMBAYAT NEGARA)
b.         Saiyid Ali Nurul Alam - Ibunya
c.         Saiyid Berkat Nurul Alam - ibunya
d.         Sultan Abu Abdullah  (Qumbul) - Sultan Campa
e.         Sunnan Gunung Jati
f.          Sunnan Ampel
g.         Maulana Ishak dan isterinya Syaripah Siti Fatimah

            Hampir ke seluruhan keturunan generasi 1,2,3 berdarah Arab dan Campa, pada generasi ke 4,5 dan 6 berdarah Bugis, Arab dan Campa. Pada generasi 7,8,9,10 dan 11 keseluruhannya berdarah Arab, Bugis dan Campa

           Anak-Anak Syeikh Ahmad  Said (Tok Ayed):
1.         Syaripah Sirah berkahwin dengan Mat (Mat Tempurung) telah mendapat seorang anak lelaki-meninggal. Saripah Sirah wafat  pada tahun 1950.

2.         Syeikh Abdul Jalil berkahwin dengan Syaripah Che Ngah dan mendapat 3 orang anak iatu:
             i.          Syeikh Mohamad Din
             ii.          Syeikh Kamarudin
             iii.         Syeikh Mohamad Sidin
    Syaripah Che Ngah telah wafat pada 16 Disember 1979 dan di makamkan di Kampung Rumbia,Perkuburan Hulu, dan Syeikh Abdul   Jalil telah berkahwin pula  dengan Saripah Bte Hasan pada tahun 1980 dan mendapat pula lagi 5 orang anak iaitu:
i.          Saripah Sarinah berkahwin dengan Osman dan mendapat 3 orang anak iaitu Siti, Atira dan Atiqah
ii.          Syeikh Saharudin berkahwin dengan Norhaliza dan mendapat seorang anak iaitu Mohamad Ikwan.
iii.         Syeikh Nurdin berkawin dengan Syafinah.
iv.         Syaripah Salmiah berkawin dengan Kahrol Anuar...berasal Kampong Raja,Besut,Terengganu.
v.         Syaripah Sarimah

3.         Syaripah Bidah berkahwin dengan Syeikh Karim bin Syeikh Che Man dan mendapat anak iaitu Syaripah Seha (Mariam) dan Syaripah Bidah berkahwin yang kedua dengan Raden Osman Bin Raden Baba dan mendapat anak.
i.          Raden Ali berkahwin dengan Zaliha dapat anak iaitu:
a.         Raden Syarizan berkahwin dengan Siti Aida
b.         Raden Syahridwan berkahwin dengan Nordiana dan mendapat seorang anak iaitu Raden Mohamad Alif
c.         Raden Syarul Anuar
d.         Raden Nor Fhadillah
ii.          Raden Aziz berkahwin dengan Rokiah dan mendapat anak iaitu:
a.         Raden Azril
b.         Raden Azrol
c.         Raden Nor Yani
d.         Raden Nor Yana
iii.         Raden Hamzah berkahwin dengan Norliza dan mendapat anak iaitu:
a.         Raden Izzuan
b.         Raden Ismadi
c.         Raden Khairil
d.         Raden Farah Idayu
iv.         Raden Jamilah berkahwin dengan Idris dan mendapat anak iaitu:
a.         Mohamad faizal
b.         Zuraidah berkahwin dengan Norman mendapat seorang anak Nornatalia Alia.
c.         Mohamad Hafiz
d.         Norliana
v.         Raden Syaripah Normala berkahwin dengan Syeikh Mohamad Din telah diterangkan pada muka surat yang lepas.

4.         Syeikh Ali berkahwin dengan Misah dan mendapat anak iaitu:
i.          Syaripah Rosnah
ii.          Syeikh Zamri
iii.         Syeikh Zaidi
Syeikh Ali pula wafat pada tahun 1987

5.         Syaripah Tijah (wafat pada tahun 2007) berkahwin dengan Md Kaus dan mendapat anak iaitu:
i.          Md Noh berkahwin dngan Rozi
ii.          Mariam berkahwin dengan Md Taib
iii.         Alias berkahwin dengan Maimunah
iv.         Idris berkahwin dengan Che Zan
v.         Md Derus berkahwin dengan Saadiah
vi.         Hasnah  berkahwin dengan Khamis(Yusof)
vii.        Zainon Berkahwin dengan Bakri
viii.       Zaini berkahwin dengan Jasni
ix.         Ahmad berkahwin Rohana- ahmad telah wafat pada tahun 2006
x.         Haslina berkahwin dengan Basri

6.         Syeikh Yaakob berkahwin dengan Saodah dan mendapat anak iaitu:
i.          Syeikh Suhaimi
ii.          Syeikh Sofian
iii.         Syeikh Syaril
iv.         Syeikh Syarol

7.         Syaripah Che Tah berkahwin dengan Syeikh Ali dan mendapat anak iaitu:
i.          Syeikh Hasyim
ii.          Syaripah Faridah Berkahwin dengan Aziz
iii.         Syeikh Zaidi

8.         Syaripah Rokiah berkahwin dengan Ishak dan mendapat anak iaitu:
i.          Rosli
ii.          Roslan
iii.         Rosdin
iv.         Rozaini

9.         Syeikh Mohamad Ariss berkahwin dengan Zainon dan mendapat anak iaitu:
i.          Syarifah Norizati
ii.          Syaripah Noramirah.

                        Tok Ayed wafat pada 14 Disember 1995 pada waktu selepas isyak. Beliau telah dikebumikan di makam Setulang Daeng bersebelahan dengan almarhum isteri pertamanya Syaripah Che Nah dan juga bersebelahan makam anaknya iaitu Syeikh Ali dan juga berdekatan dengan makam moyangnya iaitu Syeikh Umar Said dan  Daeng Siti Kamisah serta Siti Hawa.




                                                 SYEIKH ABDUL JALIL (1933-2004)
                       
       Beliau dilahirkan di Bukit Rambai pada tahun 1933. Bapanya Syeikh Ahmad Said dan ibunya Syaripah Che Nah. Beliau adalah ayahanda kepada Tabib Syeikh Mohamad Din (Penulis). Semasa kecil bersekolah Melayu sehingga darjah 2, kemudian bersekolah pondok di pondok Haji Abdul Wahid. Ayahandaku banyak ditawarkan untuk bekerja dengan kerajaan seperti polis, tentera dan pembantu hospital malangnya, ayahku menolak kerana mendengar nasihat daripada ibunya. Hal inilah yang menjadi masalah kalau kita tidak berfikiran jauh, peluang yang ada didepan mata, hilang dipuput angin.
        Ayahandaku bekerja sebagai seorang pesawah  dan penoreh getah. Beliau berkahwin dengan bondaku Syaripah Che Ngah Bin Syeikh Baba Bin Syeikh Rohadi Bin Syeikh Idris Bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Ahmad Jamil Bin Syeikh Ahmad Khamal (Panglima Lidah Hitam) Bin Syeikh Ahmad Khamil (Panglima Daik) Bin Syeikh Ahmad Tajudin (Tok Putih) Bin Sultan Ariffin Syeikh Ismail Pulau Besar. Ayahanda dan bondaku mempunyai nasab yang sama. Bonda ku bernasab Panglima Hitam dan ayahandaku bernasab Panglima Tok Janggut Acheh. Bondaku berstatus janda anak 2. Anakandanya bernama Ahmad dan Kamariah.
            Ayahanda dan bonda berkahwin pada tahun 1957. Setelah aku dilahirkan pada 16 Mac 1959, di Solok Paya Mengkuang 2. Semasa aku berumur 6 bulan, kami sekeluarga berpindah ke Kampung Rumbia, Alor Gajah. Hal ini disebabkan oleh ayahandaku mendapat pekerjaan sebagai penoreh getah di Long Chan Estate, Batu 13 Sungai Petai.
            Semasa di Rumbia adikku Syeikh Kamarudin dilahirkan pada 1961 dan diikuti adikku Syeikh Mohamad Sidin pada tahun 1962. Kehidupan kami waktu itu sukar, kami hanya menumpang di tanah datuk saudara sebelah bondaku iaitu datuk Hasan Bin Kasim dan nenek Nyonye Bin Isnin. sewaktu kecilku aku masih ingat kami selalu berpindah randah dari satu tanah ke satu tanah.. Bermula daripada tanah datuk Hasan kami berpindah ke tanah Ngah Hawa daripada tanah itu pula ke tanah Mak Lang Ramah Jali, pindah pula ke tanah datuk Mail dan akhirnya ke tanah nenek Mol. Peristiwa-peristiwa berpindah-randah ini masih segar lagi dalam ingatan ku ini, ku rasakan seolah-olah peristiwa ini baru semalam berlaku. Kesemua ini kerana kemiskinan hidup, sebab itulah aku berazam untuk belajar dan mencari wang untuk lari daripada kemiskinan yang lepas. Banyak peristiwa yang akan ku ceritakan apabila di bab diriku.
      Bondaku wafat pada 16 Disember 1979 di Rumbia disebabkan kanser usus. Ketika itu aku sudah memasuki perkhidmatan tentera dan bertugas di Kem Majidee, Johor Bahru  Ayahandaku berpindah kembali ke kampong asal kami iaitu Kampung Paya Mengkuang pada tahun 1984 dan mendirikan rumah di tapak rumah yang ada sekarang. Ketika itu beliau sudah berkahwin dengan Saripah Binti Hasan dan sudah mendapat 2 orang anak iaitu Syaripah Sarinah dan Syeikh Saharudin. Ayahandaku memang seorang penoreh getah dan tidak pernah meninggalkan perkerjaan itu  sejak daripada zaman mudanya lagi sehinggalah beliau tua.
     Ayahandaku telah wafat pada 2 September 2004 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Setulang Daeng. Semasa hayat ayahanda beliau memang seorang yang tabah, pendiam dan baik hati serta penyayang.

     SEKIAN SAHAJA, DARI SAYA, SERBA RINGKAS SAYA CERITA KAN 'NASAB KETURUNAN SYEIKH SULTAN ARIFFIN SAIYID ISMAIL AL HASANI AL JAILANI,PULAU BESAR, MELAKA'...SELAIN DARI YANG DIATAS SAYA TIDAK TAHU KERANA KETURUNAN INI LAH YANG KAMI SIMPAN DARI ZAMAN BERZAMAN.
     Pada 01 Mac 2010, hari ISNIN Seorang lagi Ahli keluarga saya yang pulang ke Rahmatullah iaitu PAK UDA SAYA SYEIKH YAAKUB BIN SYEIKH MOHAMAD SAID dan di semadikan di Perkuburan Bukit Darat, TANJUNG KELING pada pukul 3.00 petang hari yang sama. al Fatihah.!!!
    Pada tarikh 10 OGOS 2010 atau 29 Saaban 1431 H bersamaan Hari Selasa,Ahli Keluarga kami  iaitu Datuk Saudara saya Syeikh Ahmad atau Datuk Kantan telah kembali ke Rahmatullah dan di kebumikan di Kuala Lumpor.Beliau adalah Orang Paling Tua dalam Keturunan Kami.Sekarang Orang Paling Tua bagi keturunan kami ialah Ibu Mentua saya Syarifah Bidah (1934).....Al Fatihah !!!!.Untuk Datuk Kantan !!!.